KEMAHSYURAN YANG BELUM TENTU MEMBUKTIKAN KEBENARAN
MENGEMBARA ke sawang-sawang ilmiah menemukan saya pada sesuatu. Ianya biasa kita dengar, barangkali tidak keterlaluan saya katakan, kita juga kerap mengajarkan kepada insan lain. Namun tahukah kita apakah yang tersirat di balik kemahsyuran tersebut? Atas sabda Baginda saw: "Ballighu anni walau ayah"- (sampaikanlah kepadaku meskipun satu ayat) saya titipkan ia di sini bagi membolehkan kita sama-sama berkongsi. Mudah-mudahan ia bakal memberi manfaat kepada saya, anda yang membaca, dibacakan mahupun diriwayatkan. Siru ala barakatillah…
Antara hadis yang 'famous' dan masyhur di bulan Ramadhan, yang sering dibaca di atas mimbar-mimbar masjid dan di tulis di dalam tulisan-tulisan ialah hadis yang berbunyi:
Maksudnya: "Awalnya (bulan Ramadhan) rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya perlepasan dari api neraka"
Apakah kedudukan hadis tersebut?
Hadis tersebut merupakan sebahagian dari hadis yang panjang yang berbunyi:
Maksudnya: Daripada Salman telah berkata: "Telah berkhutbah Rasuullah kepada' kami pada akhir hari bulan syaaban,. Maka, bersabda baginda s.a.w:
"Wahai manusia sesungguhnya kamu telah dipayungi bulan agung, bulan berkat, bulan yang padanya malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah telah jadikan puasa padanya fardu dan solat pada malam sebagai ketaatan.
Barangsiapa menghampirinya, maka berhasillah kebaikan seperti mereka yang melakukan fardu dengan apa yang seumpamanya. Dan barangsiapa yang menunaikan yang fardu, seolah-olah dia telah menunaikan tujuh puluh kefarduan dengan apa yang seumpamanya. Iaitu bulan kesabaran dan kesabaran ganjarannya syurga.
Bulan kebahgiaan dan bulan ditambah padanya rezeki orang mukmin.
Barangsiapa menyediakan makanan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka diampunkan dosanya dan diberi kelepasan dari api neraka dan adalah baginya ganjaran puasa (orang yang berbuka itu) yang tidak akan dikurangkan sesuatu apa pun.
Mereka berkata: Tidak ada di sisi kami apa yang oleh dibuat berbuka bagi orang yang berpuasa.
Maka, jawab Baginda s.a.w: Allah memberikan ganjaran ini kepada sesiapa menyediakan judah bagi orang yang berpuasa walau dengan sesuap tamar, seteguk air dan seteguk susu.
Iaitu bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya perlepasan dari api neraka.
Berdasarkan kajian ahli hadis, hadis di atas lemah (dhoif) dari segi sanad dan matan.
Dari segi sanad;
Pertama: hadis ini dianggap dhoif kerana sanadnya terputus. Ini kerana hadis ini diriwayatkan oleh Said bin Musayyab (atau Musayyib) dari Salman Al-Farisi. Sedangkan tidak diketahui Said bin Musayyab pernah meriwayatkan hadis dari Salman Al-Farisi.
Kedua: Antara perawi hadis ini ialah Ali ibn Zaid ibn Jad'an. Sebahagian ahli hadis men'dhoif'kan riwayatnya, antaranya Al-Hafiz Ibn Hajar, Ahmad, Nasaei dan Ibn Khuzaimah.
Adapun dari segi matan;
Hadis ini menimbulkan keraguan kerana menghadkan rahmat pada 10 hari, keampunan pada 10 hari selepasnya, dan kebebasan dari azab neraka pada 10 terakhir. Sedangkan, rahmat dan keampunan Allah itu tidak terputus serta janjinya untuk membebaskan hambanya dari azab neraka berterusan dari awal hingga berakhirnya bulan Ramdhan.
Kesimpulannya; Seelok-eloknya dielakkan menggunakan hadis ini. Lebih-lebih lagi, sebahagian ahli hadis menghukum hadis ini sebagai hadis 'munkar'. Antaranya Abi Hatim Ar-Razi, Al-Imam Al-'Aini dan Syeikh AlBani.
Jika hendak digunakan juga, hendaklah di jelaskan kedudukannya dan diterangkan perkara-perkara yang menjadi kesamaran itu.
Dalam Sunan Tirmizi, dari Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda:
"Apabila (masuknya) malam pertama Ramadhan, dibelenggu syaitan-syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup pintu-pintu neraka tanpa terkecuali walau satu intu pun, sebaliknya dibuka pintu-pintu syurga tanpa terkecuali walau satu pintu un. Pada setiap malam adanya penyeru yang menyeru:
HADITH THULASA': RENUNGAN TENTANG BULAN RAMADHAN OLEH AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA
KITA panjatkan puji syukur
ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai
Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan
dari sisi Allah yang diberkati dan baik: assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa
barakatuh.
Pada malam
ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita
tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh
malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu
kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya
Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.
Ramadhan
adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada
Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian
Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka
berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah,
bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin
menyendiri hanya dengan Tuhan kami.
Ikhwan
sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan
kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang
sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk
mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada
di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian
tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan
memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan.
Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan
mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun. Nabi saw
mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan baginda ini paling menonjol
terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan
Al-Qur’an baginda. Baginda lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin
yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini
terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw diberi pilihan untuk
menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt. — pen.), maka ketika itu Jibril
membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an baginda dua kali. Ini merupakan
isyarat bagi Nabi saw. bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir baginda hidup
di dunia.
Ikhwan
sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw pernah bersabda
mengenainya, “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di
hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari
makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’
Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur
di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah
memperkenankan keduanya
memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
Wahai
Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan.
Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan
renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan
sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta
dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah
satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana
Allah. Apabila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka
bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti
melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana
Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majlis yang baik
ini. Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita
bisa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah
seorang dari anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar
ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan anda lupakan ini! Kemudian saya
ingin anda selalu ingat bahawa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini
selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin anda semua tahu bahawa dahaganya
itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih
tinggi, iaitu hubungan dengan Allah swt, yang merupakan cita-cita terbaik
seorang mukmin bagi dirinya, di dunia mahupun akhirat.
Kerana itu,
Ikhwan sekalian, hendaklah anda semua berusaha agar hati anda menyatu dengan
Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah
yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. “Semua amalan anak Adam
adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan
balasannya.”
Ini, wahai
Akhi, mengisyaratkan bahawa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia
mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung
semacam bahagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan
shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bahagian bagi
dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan zikir, sehingga ia ingin banyak berzikir
kepada Allah sebagai bahagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan
menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak menangis kerana Allah
sebagai bahagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak
terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam
keinginan terhadap apa yang menjadi bahagian dirinya. Bila kita terhalang untuk
berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat
kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan
shalat tarawih.
Ikhwan
sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahawa anda semua berpuasa kerana
melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta
dengan Tuhan anda dengan hati anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian,
Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi
Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan
Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)
Wahai
Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati: “Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185) Puasa adalah
kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah
swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq
kepada anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka mentaati Allah,
maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah Maha
Besar atas karunia hidayah tersebut. “Dan
hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185) Kemudian, lihatlah wahai Akhi, impak dari semua
ini. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah;
186)
Wahai
Akhi, di sini anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di
tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya
adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan.
Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, “Jika
bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup,
setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang
Maha Benar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari
kebaikan, kemarilah!’”
Wahai
Akhi, pintu-pintu syurga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan
ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Syaitan-syaitan
dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga syaitan tidak
mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa
kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt, agar orang-orang yang berbuat baik
menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari kurnia Allah
swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang
dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan
dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah
memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki
oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt mengistimewakan dengan
menyebutkannya dalam kitab-Nya.” (Beberapa
hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)
Ada ikatan hakikat dan fizik antara
turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah
telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan
puasa. Kerana puasa ertinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini
merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri
manusia. Ini beerti, wahai Akhi, bahawa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada
bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi
seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak
disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling
bersedia untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah,
membaca Al-Qur’an merupakan ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
Pada
kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk anda semua
pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt, dalam kalimat-kalimat ringkas.
Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan
prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:
1. Perbaikan Aqidah
Anda
mendapati bahwa Al-Quranul Karim banyak menjelaskan masalah akidah dan mendorong
kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang
mukmin, agar ia boleh mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan
bahawa Allah swt adalah Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa, Yang menyandang seluruh
sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan
kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah
dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika anda mengumpulkan ayat-ayat
mengenai akidah dalam Al-Quran, niscaya anda dapati bahawa keseluruhannya mencapai
lebih dari sepertiga Al-Quran. Allah swt berfirman dalam surat Al-Baqarah, “Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan
kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang
menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia
menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu
segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)
Wahai
Akhi, setiap kali membaca surat
ini, anda mendapati kandungannya ini terhampar kebenaran di hadapan anda. Allah
swt. juga berfirman dalam surat
Al-Mukminun, “Katakanlah, Kepunyaan
siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka
akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’
Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy
yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah
kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada
kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang
dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan
menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan
manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka,
dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)
Allah swt
juga berfirman di surat
yang sama, “Apabila sangkakala ditiup maka
tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula
mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka
mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan
timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Al-Mukminun:
101-103)
Allah swt
juga berfirman, “Apabila bumi digoncangkan
dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat
(yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada
hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah
memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari
kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka
(balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat
dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya pula.” (Az-Zalzalah: 1-8)
Allah swt
berfirman, “Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat
itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3)
Dalam surat
lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan
telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu,
kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah
begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (At-Takatsur: 1-4) Wahai
Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan penjelasan yang bisa
melunakkan hati yang keras.
2. Pengaturan Ibadah
Anda juga
membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan
dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah: 43) “…diwajib-kan atas kalian berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.” (Al-Baqarah: 183) “…mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap
Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran:
97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah
ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10) Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.
3. Pengaturan Akhlak
Mengenai pengaturan
akhlak, wahai Akhi, anda biasa membaca firman Allah swt. “Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-Nya.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.” (Asy-Syams:
7-8) “…Sesungguhnya Allah tidak mengubah
keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka
sendiri.” (Ar-Ra’d:11) “Adakah
orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu
benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang
dapat mengambil pelajaran. (Iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan
tidak merosak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari redha
Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak
kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan
(yang baik). (Iaitu) syurga ‘Ada
yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang salih dari
bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat
masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun
‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah
baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 19-24) Wahai Akhi, anda
mendapati bahawa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt dan bahawa
ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras. “Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya
dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang
memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).” (Ar-Ra’d:
25)
Inilah
peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan
itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya
terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat.
Ketika mengupas sekelompok ayat, maka nda mendapati makna-makna ini jelas dan
terang. “Seperempat Juz Khamr” yang diawali dengan “Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi” (Al-Baqarah:
219), mengandung lebih dari dua puluh lima
hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan
wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan
hukum-hukum lainnya yang banyak sekali anda dapatkan dalam seperempat juz saja.
Hal ini kerana surah Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di
Madinah.
Ikhwan
tercinta, hendaklah anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah.
Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah diri kita
memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu
akan memberikan manfaat yang banyak kepada anda, wahai Akhi. Insya Allah anda
akan mendapatkan manfaat darinya.
Semoga
shalawat dan salam dilimpahkan kepada Saidina Muhammad saw dan kepada segenap
keluarga dan sahabatnya.
BAGI umat Islam yang
beriman kepada Allah, bulan Ramamadhan merupakan bulan yang telah mencatatkan
beberapa kenangan yang sepatutnya dicatat dengan tinta emas dan ia tidak akan
mudah dilupakan.Selain dari menganggap
bulan Ramadhan merupakan bulan yang mewajibkanseluruh umat Islam menjalani ibadah puasa di siang hari, bulan ini juga
merupakan kesempatan untuk seorang hamba berusaha mendekatkan diri kepada Pencipta
dalam menuntut keredhaan Nya dengan pelbagai cara yang antaranya seperti memperbanyak
solat malam, bertadarus al-Quran, bersedekah kepada yang lebih memerlukan dan
menanam sifat-sifat mahmudah seperti sabar, tabah, tekun, pengasih dan
sebagainya.
Di bulan ini, Allah swt telah mengurniakan beberapa
keistimewaan bagi umat Nabi Muhammad saw di dalam beberapa peristiwa:
BERLAKU MALAM LAILATUL
QADAR
Sebagaimana diketahui, di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang
nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Malam inilah yang disebut, 'Malam
Lailatul Qadar'. Peristiwa ini disebut oleh Allah swt dalam al-Quran yang
maksudnya; "Lailatu Qadar (malam kemuliaan) itu lebih baik daripada
seribu bulan." (Al-Qadr ayat 3).
Apabila kita berusaha menyingkap rahsia bulan Ramadhan
sebagai bulan yang Mulia, bulan ibadah, bulan mendekatkan diri kepada Allah
swt, juga bulan membersihkan diri daripada segala dosa dan noda, maka kita
tidak akan lupa bahawa dalam bulan ini terdapat satu peristiwa penting
(Lailatul Qadar).
Kalimah atau perkataan qadar sebenarnya mempunyai banyak
makna dan penggunaan. Perkataan qadar boleh diertikan sebagai ketentuan,
seperti bilangan, ukuran dan boleh juga diertikan sebagai takdir atau nasib
sebagaimana kita sedia maklum. Kemudian, apakah malam Lailatul Qadar ini
mempunyai nilai atau bilangan tertentu? Pada pendapat saya, tentu sekali ia
mempunyai nilai. Ini kerana Allah swt telah berfirman yang maksudnya; "Dan
tahukah kamu apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik
daripada seribu bulan." (Al-Qadr ayat 2,3).
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika satu amalan baik
dilakukan akan beroleh ganjaran pahala berlipat ganda atau ganjarannya lebih
baik dari seribu bulan. Lantaran itu malam ini kadangkala disebut sebagai malam
yang dipenuhi barakah. Sesuai dengan ayat Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya
Kami menurunkannya pada suatu malam yang penuh barakah." (Al-Qadr ayat
3).
Perkataan 'seribu bulan' di sini apakah ia dimaksudkan
seribu menurut bilangan?
Orang Arab pada kebiasaannya menyebut sesuatu yang banyak
dengan perkiraan seribu biarpun kenyataan bilangan tersebut melebihi seribu.
Mereka jarang menyebut 'sejuta' kerana kesederhanaan mereka berfikir. Jika
begitu, pengertian seribu dalam ayat di atas, sudah tentu bukan seribu yang
wujud dalam bilangan, tetapi banyak yang melebihi seribu.
Biar punbegitu,
jika kita cuba
untuk menghitung perkiraan seribu ini dengan kefahaman masyarakat kita secara
zahir yang bersandar kepada bilangan, kita akan dapati malam Lailatul Qadar itu
lebih daripada 30, 000 hari. Ini pun jika kita menyamakan dengan 30 hari. Alangkah
besar keutamaan malam ini tidak kira dihitung bagaimana cara sekalipun.
Bayangkan, satu malam bernilai 83 tahun lebih 4 bulan. Ini beerti, apabila kita
memanfaatkan malam ini dengan menghidupkannya bermakna nilai pahala menyamai
pahala yang kita lakukan dalam jangka waktu 83 tahun 4 bulan. Sedangkan umur
kita belum tentu akan mencapai angka 83 tahun. Alangkah beruntungnya mereka
yang berjaya menemui malam ini dengan menghidupkannya dengan segala cara.
Semoga kita akan menemui malam ini, amin.
Bagi memberi galakan
kepada umat Islam agar mencari malam ini Rasulullah saw telah bersabda di dalam
sebuah hadith yang bermaksud: "Daripada Aisyah r.a berkata: Rasulullah
saw pernah bersabda: Carilah malam Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir
di bulan Ramadhan." (Riwayat Bukhari)
Dalam riwayat yang lain Rasulullah saw pernah bersabda:
"Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Terdapat beberapa orang lelaki
daripada kalangan sahabat Rasulullah saw mereka telah bermimpi melihat malam
Lailatul Qadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah saw bersabda:
"Mengikut pandanganku, mimpi kalian itu bertepatan dengan tujuh hari yang
terakhir. Oleh yang demikian, sesipa yang ingin mencarinya, hendaklah
mencarinya pada bulan Ramadhan tersebut." (HR Bukhari dan Muslim).
KITAB-KITAB SAMAWI
DITURUNKAN
Sebagai bulan kemuliaan yang tiada tandingan, bulan ini merupakan jangka
waktu dan kumpulan penurunan wahyu Ilahi yang membimbing dan mengeluarkan umat
manusia dari belenggu kegelapan serta kekangan kejahilan kepada kehidupan yang
lebih mulia. Lebih sempurna sebagai kehendak dan ketentuan Nya.
Kebenaran ini akan dapat kita temui apabila mempelajari
dan merenung sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad: Lembaran-lembaran atau
suhuf Nabi Ibrahim a.s diturunkan pada permulaan Ramadhan, Taurat diturunkan
kepada Nabi Musa a.s pada tanggal 6 Ramadhan, Injil diturunkan kepada Nabi Isa
a.s pada tanggal 13 Ramadhan sedangkan kitab suci al-Quran diturunkan kepada
Rasulullah saw pada tanggal 17 Ramadhan dalam riwayat lain ada yang menyatakan
pada 24 Ramadhan.
Firrman Allah swt: "Bulan Ramadhan adalah bulan
yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia
dan beberapa keterangan mengenai petunjuk itu, dan pemisah antara perkara yang
benar dengan perkara yang batil." (al-Baqharah: 185)
Jika kita meneliti akan peristiwa-peristiwa dalam bulan
Ramadhan dengan saksama, suatu kesimpulan nyata akan terbentang di hadapan mata
bahawa semua peristiwa penting yang merupakan titik-tolak peralihan umat
manusia dalam sejarah dan tamadun berlaku dalam bulan Ramadhan. Jadi, wajarlah
bulan ini dianggap sebagai bulan keramat atau bulan kemuliaan dan bulan lain
tidak akan mampu mengatasinya.
BERLAKU PEPERANGAN
BADAR
Antara peristiwa yang tidak mungkin dilupakan selain dua peristiwa di
atas, Peperangan Badar merupakan satu lagi peristiwa penting yang turut berlaku
dalam bulan ini. Sebahagian ahli sejarah menggelarkannya sebagai Hari
Pertempuran Badar Besar. Manakala jika diselak lembar mukjizat Muhammmad saw
hari ini disebut sebagai Hari al-Furqan atau Hari Pemisah antara yang hak
dengan yang batil sebagaimana firman Allah swt: "Apa yang Kami turunkan
kepada hamba Kami (Muhammad saw) pada hari Furqan, hari pertemuan dua
pasukan." (al-Anfal : 41).
Bagi memastikan peristiwa ini tetap segar di ingatan,
umat Islam harus mengetahui bahawa menurut sebahagian pendapat, pertempuran ini
merupakan lanjutan daripada:
ýTindakan kaum kafir Quraidy merampas harta kekayaaan umat
Islam sewenangnya hanya disebabkan mereka tidak ada perisai untuk melindung
diri.
ýMenggoncang dan melumpuhkan arus ekonomi kaum kafir yang
mendorong kekacauan dan kekalutan dalam negeri yang seterusnya akan
mempengaruhi semangat juang kafir Quraisy.
ýUsaha meluntur kepercayaaan musuh pada diri sendiri dan
mengurakan keangkuhan mereka.
Berdasarkan sebab-sebab di atas, maka
Rasulullah saw mengirim misi mencari maklumat sebanyaknya tentang pergerakan
pihak kafir Quraisy.Setelah memperoleh
maklumat yang diinginkan, baginda segera bertindak.
Meskipun
umat Islam mengetahui bilangan musuh jauh lebih besar daripada bilangan umat
Islam, mereka tidak berundur sedikit pun. Setelah bermusyawarah dengan para
sahabat, baginda mendengar seruan daripada seorang sahabat yang bernama al-Miqdad
bin Amr yang mengatakan: "Wahai Rasulullah, teruskanlah apa yang
diperintahkan oleh Allah swt kepada engkau. Kami akan tetap setia di samping
engkau, dan demi Allah, kami tidak akan tunduk mengatakan apa yang pernah
diucapkan Bani Israil kepada Nabi Musa a.s yang ertinya: "Pergilah engkau
dengan Tuhan Mu sama-sama berperang. Kami berdiri bersama engkau selama mata
masih melihat, demi Yang Mengutus engkau dengankebenaran, jika engkau mengajak kami ke pantai Habsyi (Ethiopia) kami akan berjalan
mengikuti engkau."
BERLAKUNYA PERISTIWA
FATHU MAKKAH (PEMBUKAAN MEKAH)
Pada tarikh 20 Ramadhan 8 Hijrah, Bandar Mekah yang merupakan kubu
terakhir pertahanan kafir Quraisy berjaya dibuka oleh tentera Islam. Dengan
pembukaan ini bermulalah era kegemilangan Islam.
BERLAKU PERISTIWA
PERTEMPURAN TABUK
Pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, Rasulullah saw
pulang dari pertempuran Tabuk dengan kemenangan gemilang juga.
BERLAKU PERISTIWA BANI
THAIF MEMELUK ISLAM
Pada bulan Ramadhan 9 Hijrah juga berlaku peristiwa delegasi dari Bani
Thaqif memeluk Islam keseluruhannya.
Demikianlah antara
peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Dengan peristiwa-peristiwa
ini tidak hairanlah bulan ini disebut sebagai bulan mulia, bulan yang telah
membawa kenangan gilang-gemilang bagi Islam dan umat muslimin.
DENGAN nama Tuhan yang menciptakan saya menulis. Mudah-mudahan ia bakal memberi manfaat kepada setiap jiwa yang membaca, dibacakan juga kalau-kalau ia diriwayatkan. Seandainya ada imbalan pahala dari setiap tinta ini, saya hadiahkan buat arwah ayahanda yang selamanya saya rindukan juga buat arwah Acik yang baru pergi. Mudah-mudahan Allah swt merahmati kalian, menempatkan kalian di kalangan alim ulamak dan tergolong dalam golonganyang diredhai. Amin.
Muharam, Safar takwim Hijrah
Rabiul Ula keputeraan Nabi
Rejab, Syaaban berlalu sudah
Ramadhan hadir bertamu lagi
Sempena kedatangan bulan mulia ini, saya ingin mengucapkan 'Ramadhan Kareem' atau 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' buat seluruh umat Islam tidak kira walau di mana kalian berada.Raihlah peluang yang datang untuk melakukan sebanyak-banyaknya amalan yang boleh mentaqarrubkan diri kepada Pencipta. Beramalah seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
Al-Ghazali telah menerangkan kedudukan ibadah puasa di antara ibadah-ibadah yang lain. Menurut beliau; Ibadah puasa adalah seperempat iman. Dan amalan puasa itu dinisbahkan kepada Allah swt secara terus. Sebagaimana firman Allah swt di dalam sebuah hadith qudsi:
"Kullu hasanatin bi a'ysri amsaliha ila saba'miahti dhi'fin illas syiama fainnahu li wa ana ajri li". Maksudnya: 'Setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kali ganda, sehingga 700 kali ganda, melainkan ibadah puasaadalah miliki- Ku, dan Aku akan membalasnya'.
PENGERTIAN IBADAH PUASA
Perkataan saum atau siyam di dalam bahasa Arab lazimnya apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud puasa. Namun, apakah makna sebenar dari perkataan ini?Perkataan saum bersesuaian dengan terminology bahasa Arab, jika dilihat dari segi bahasa bermaksud sikap yang positif.Juga termasuk dalam lingkungan makna ini, melarang diri untuk beralih keadaan atau situasi. Dengan kata lain ialah membiarkan diri kekal pada sesuatu keadaan tertentu.
Sebagai contoh, diam adalah suatu keadaan yang menggambarkan larangan terhadap diri dari bercakap. Perlakuan tersebut boleh dikatakan sebagai saum atau puasa. Ini kerana, diam itu adalah kekangan diri daripada keadaan bercakap. Bersesuaian dengan makna inilah dapat difahami akan Firman Allah swt di dalam surah Maryam, ayat 26 yang bermaksud: 'Maka katakanlah (hai Maryam) sesungguhnya aku bernazar bagi Yang Maha Penyayang berpuasa, kemudian aku tidak akan bercakap dengan manusia pada hari ini'.
Maksud daripada perkataan sauman (puasa) ini (wallhu a'lam, laa'lla sawab) boleh dikatakan berdiam diri, tidak bercakap sebagaimana yang dinyatakan dalam hujung ayat yang sama. Perkataan saum juga kadangkala digunakan untuk menyatakan ketenangan angin apabila tidak bertiup. Tetapi sering juga perkataan ini turut digunakan untuk menyatakan keadaan sesuatu binatang yang tenang, yang tidak bergerak, tidak lari atau tidak makan.
Kemudiannya jika dilihat pengertian saum dari istilah syarak membawa maksud menahan diri dari segala makanan dan minuman, dimulai dengan niat tertentu bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Puasa yang sempurna adalah menghindarkan diri daripada segala jenis larangan hukum agama dan kekangan nafsu dari perbuatan yang haram sesuai denga sabda Rasulullah saw: 'Dari Abi Hurairah r.a berkata; Rasulullah saw bersabda: 'barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan (berbuat dusta), maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makanan dan minumannya'. (Riwayat Bukhari)
Sesuai dengan makna ini, Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya 'Ulumuddin membahagikan puasa kepada tiga tingkatan. Pertama: puasa umum, kedua: puasa khusus, ketiga: puasa khusus al-khusus.
Puasa umum adalah sekadar menahan diri dari selera perut dan nafsu berahi atau menjauhkan diri daripada memenuhi kedua macam selera dan nafsu.Adapun puasa khusus, ialah menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota tubuh badan daripada segala bentuk dosa.Sementara puasa khusus al-khusus pula ialah puasa hati dan segala maksud dan segala bentuk pemikiran yang bersifat keduniaan dan menghindarkan hati daripada selain Allah swt secara keseluruhan.
Pada peringkat ketiga ini, jika terlintas di hati untuk melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa, maka akan cacatlah ibadah puasa tersebut. Hal ini kerana yang demikian itu membayangkan rasa kurang keyakinan pada kurnia Allah swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Kebiasasaannya, tingkatan yang ketiga ini adalah puasa para Nabi dan para kesayangan-Nya.
Dengan ini, jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan dengan saum itu ialah suatu perbuatan yang tidak meliputi kata-kata mahupun doa-doa tertentu dan tidak pula memperaga gerak-geri. Bahkan boleh dikatakan puasa itu adalah suatu kenyataan yang tidak berbentuk nyata dan tidak pula dapat dirasai oleh pancaindera. Ataupun dengan kata yang lebih tepat, puasa merupakan suatu sifat pasif dan suatu bentuk penghindaran diri daripada segala bentuk yang bersifat kegemaran samada berupa makanan, minuman mahupun hawa nafsu. Ibadah yang selainnya bertitik-tolak dari sini.
Konklusinya, puasa itu adalah suatu ibadah yang bersifat rahsia diantara hamba dengan Tuhannya. Sehingga tidak ada pihak ketiga yang mengetahuinya. Oleh itu, ibadah memanifestasikan suatu langkah yang istimewa, paling unik jika dinilai dengan ibadah selainnya.Dengan background inilah ibadah ini disebut oleh Allah swt dan dihubungkan terus dengan Diri-Nya bertepatan dengan hadith Qudsi yang diriwayatkan Rasulullah saw: 'Daripada Abi Soleh az-Zayyat bahawa beliau mendengar Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah saw bersabda; Allah swt berfirman; 'Semua perbuatan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Sesungguhnya (puasa) itu adalah untuk Aku dan Akulah yang akan memberi ganjarannya'. (Riwayat Bukhari).
Untuk entry selanjutnya berkaitan puasa insyaallah akan disambung beberapa hari lagi...
SISIPAN BUAT ADIKKU (NOOR AMIRAH ABD. GHAFFAR)
Istimewa buat Anjang, atas aliran pekat merah sedarah daging yang mengalir di tubuh ku, ku titipkan puisi karya Aminah Mokhtar buat mu. Moga tragedi yang mengakibatkan wajah dan kepala mu menerima jahitan panjang akan lekas pulih dengan karya Aminah Mokhtar yang ku kira sarat dengan mesej ketuhanan ini.
Semoga Cepat Sembuh
Penghulu al-Fatihah, pemudah segala yang payah
amalan as-Sajdah, pelindung azab kubur
nikmat hidayah menjelaskan yang kabur
wajah jenazah disiran nur.
Ingat pesan Rasulullah
Surah Yasin dinamakan
dalam kitab Taurat
penganugerahan dunia akhirat
menanggung bala tersirat
perisai dan penunai hajat
pelindung buruk dan jahat.
Tujuh surah berawal Ha Mim
akan hadir di setiap pintu neraka
bermohon kepada Yang Maha Kuasa
"Ya Allah janganlah
Kau masukkan ke neraka
orang yang kepada ku ia membaca
dan percaya."
al-Mu'min
Ungguli iman kebesaran al-Khalik
Fussilat
Yakin keesaan, kekuasaan al-Haq
al-Syura
Tegakkan Islam mermesyuarah
al-Zukhruf
Kiasan hiasan pelalai takwa
al-Dukhan
Azab pengengkar perintah Allah
al-Jathiyah
Resahan menanti amalan balasan
al-Ahaaf
Amalan salih keredhaan Tuhan.
Wirid al-Waqiah bersurau di hati
simpul kalimahnya membuka rezeki
melerai sakit yang peri
pemudah sakaratul mautpengiring roh yang pergi
aman di kubur
daripada azab yang ngeri.
Al-Mulk kebesaran-Mu Allah
amalan sebelum tidur
pendinding azab kubur.
Al-Inshirah, Alam Nash rah
pemudah urusan
pelapangkesempitan
penunai kemahuan
penjauh wabak penyakit
yang berpanjangan.
Al-Qadr, kehidupan yang mulia
pengabul hajat peminta
kepulangan yang sejahtera
penghapus dosa.
Al-Fil, lam yakunil lazi
penunai hajat di hati
pembuka rezeki.
Al-Kauthar makanan jiwa
nikmat lazat dari syurga
kehebatan pangkat dunia
hati berani selama.
Al-Kafirun pakaian amalan
pengukuh iman
penghindar hasutan syaitan
penjauh bencana alam.
Al-Ikhlas pokok akidah
Yakinkan Keesaan Allah.
Al-Falaq pelindung angkara makhluk
perisai sihir dan hasad penakluk
sifat engkar yang buruk.
An-Nas
pelindung jiwa
daripada waswas prasangka
ngkara iblis empunya
Harapan sentiasa berpohon di hati
hanya kecewa liar menggoyang jati
pesanan akar iman kehidupan abadi
dunia hanya deretan cita-cita
memanjat takah-takah amal
ke perkampungan kekal.
Bongkah-bongkah harapan
pejal dalam ucapan
"SEMOGA CEPAT SEMBUH"
bukan lagi susunan kata-kata
indah menjadi kilauan harta.
(Di petik dari Kumpulan Puisi Aminah Mokhtar Semoga Cepat Sembuh, Terbitan Balaikarya Enterprise)
CATATAN tergendala untuk beberapa ketika. Usaha untuk menulis memang ada, cuma masa agak mencemburui. Ruang dan peluang yang ada tidak mencukupi sementelah note book peribadi masuk klinik hampir dua minggu. Sementara internet di rumah juga tidak berapa baik. Ditambah urusan keluarga yang amat-amat memerlukan perhatian, benar-benar memaksa diri menangguhkan hasrat mengemas kini blog.
Benarlah, manusia itu hanya mampu merencana takdir tetapi tidak mengukirnya. Lantaran akal yang tidak seberapa seringkali membataskan manusia bergerak sendiri tanpa mengharap nusrah daripada Allah swt. Rencam peristiwa dilalui dalam bilah hari yang berlabuh. Ada suka, ada duka. Terlalu pantas, hingga tidak terjangkau dek akal sedikit pun. Saya pulang, dia pergi. Teringat kalam seorang sahabat penulis, "Hidup ini ibarat mengayuh perahu ke multaqa, bertemu air dari anaknya ke muara. Kalau molek kayuhnya, bermanfaat hingga ke tengah, kalau tidak imbang haluannya takut terhumban mudarat ke bawah".
Sedar mahu pun tidak, beradabnya manusia itu dengan Allah swt adalah mereka berjaya memerdekakan diri daripada cengkaman hawa nafsunya dan redha dengan ketentuan Allah swt. Sempena bulan kemerdekaan ini, kita sewajarnya faham akan erti ke'MERDEKA'an yang sebenar.
Di merata tempat, jalur gemilang berkibar megah. Bahang ke'MERDEKA'an yang bakal diraikan tidak berapa lama lagi seolah-olah dirasai. Pergi sahaja ke mana-mana, pasti isu ke'MERDEKA'an akan diperkatakan oleh pelbagai lapisan peringkat umur dan usia. Tentunya, televisyen galak memprovokasi drama, filem dan rancangan-rancangan yang bakal ditayangkan bagi menyemarakkan lagi ke'MERDEKA'an. Golongan tertentu, juga artis tidak ketinggalan melaung-laungkan laungan 'MERDEKA…MERDEKA'. Namun persoalannya, sejauh manakah ke'MERDEKA'an yang dilaung-laungkan difahami oleh setiap jiwa yang bergelar rakyat Malaysia dan mengaku 'MERDEKA'?
Bagi umat islam khususnya, apakah definisi ke'MERDEKA'an itu sendiri? Saya tidaklah mahu menghurai atau berceloteh panjang akan isu ini. Tetapi, hanya ingin mengemukakan apa yang canggung di mata sendiri. Via kaca mata, majoriti masyarakat Malaysia hari ini masih belum 'MERDEKA'. Percaya atau tidak, ramai yang masih terjajah biarpun telah lima puluh tahun memorandum ke'MERDEKA'an ditandatangani.Adalah tidak memadai dikatakan 'MERDEKA' hanya kerana kita bebas dari taklukan penjajah secara zahir. Juga tidak wajar, kita dikatakan 'MERDEKA' hanya dengan kita meraikan ulang tahun ke'MERDEKA'an saban tahun. Ini adalah antara perkara yang sering kita terlepas pandang.
Apabila hari ke'MERDEKA'an bakal tiba, kita atau golongan tertentu hebat mencanang dan merencana idea bagi menghidupkan bulan ke'MERDEKA'an. Persoalan yang timbul, apakah ke'MERDEKA'an hanya dihayati apabila tibanya tarikh 31 Ogos saban tahun? Memadaikah hari tersebut rakyat Malaysia seluruhnya dikatakan 'MERDEKA'? Tepuk dada, renunglah sendiri. Jujurnya, saya tidak mempersetujui kita digelar 'MERDEKA' hanya kerana tarikh keramat tersebut. Analoginya mudah, umat Islam yang 'MERDEKA' adalah mereka yang tidak terikat atau terikut-ikut akan sebarang budaya, pemikiran, atau tata hidup penjajah. Sebaliknya kita, semakin galak meraikan ke'MERDEKA'an, semakin ketara kita terjajah.
31 Ogos disambut dengan pelbagai cara; percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, hiburan yang berleluasa (terang-terang bercanggah dengan syariat), membelakangkan hukum-hakam Allah swt, dan timbul beberapa perkara yang mengaibkan. Apakah itu definisi 'MERDEKA' di alaf millenium? Menurut beberapa buah majalah di Malaysia, malam perayaan menyambut ke'MERDEKA'an adalah malam yang tersenarai dalam malam banyaknya maksiat. Justeru, di mana ke'MERDEKA'an sebenarnya? Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu menghurai atau berceloteh panjang mengenai isu ini. Cukuplah saya tinggalkan ia sebagai renungan juga muhasabah buat mereka yang mahu mencari definisi ke'MERDEKA'an yang sebenar.
Bagaimana mungkin kita 'MERDEKA' sedang cara hidup dan pemikiran majoriti masyarakat hari ini terang-terang lebih mengagung dan berkiblatkan penjajah? Satu contoh mudah, pakaian menutup aurat dijadikan satu bahan tawa ditengah wilayah perempuan mendedah ghairah, inikah yang dikatakan 'MERDEKA'?
Terkadang, saya jadi pelik. Bagaimana manusia yang mengaku beragama Islam berani memperaga tubuh tanpa sekelumit rasa malu? Malah, berbangga jika dilingkungi ramai. Sebaliknya, mereka yang berpakaian mengikut tata cara Islam dilihat pelik dan ganjil. Pernah saya ke hospital, tempat pelancongan, dan memasuki beberapa buah pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur, Seremban, dan Melaka hanya kerana saya mengenakan jubah dan bertudung labuh (kadangkala bermini jubah), saya persis mahu ditelan. Sehingga adakalanya, saya menjadi kurang selesa kerana diperhatikan sebegitu rupa. Benarlah akan sebuah hadith, 'apabila kamu telah hilang rasa malu, maka buatlah apa sahaja semahu mu'.
'BUSYRA' DARI PERLEMBAHAN NIL
Tidak lekang mulut mensyukuri, tidak kering lidah mengucap puji, dan tidak basah bibir menyebut nama-Nya sebaik busyra itu singgah di layar telefon tangan. Rasa macam menitik air mata. Saya empang dan tahankan, terima kasih Tuhan atas kurniaan ini.
Pujian buat rabbi, saya najah untuk ke tahun berikutnya dengan baik. Benar-benar tidak dijangka. Biarpun iadah, adalah sukar untuk saya meramal kejayaan sebaik imtihan usai diduduki. Saya bawa semua madah untuk fasa pertama, campur tahalluf jadi lima. Sementara untuk fasa dua, saya punya dua madah. Kesemuanya jadi tujuh. Melihat kepada kertas jawapan fasa pertama, saya jujurnya tidak menjangka yang saya akan lulus dengan baik. Seingat saya, setiap kali pulang daripada universiti, saya akan menangis semahunya kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang dihantar. Sering saya meluah gusar yang membuku di jiwa pada teman-teman akan kesukaran soalan-soalan yang keluar.
Sementara di fasa dua, saya diuji dengan khabar arwah ayah koma. Saya jadi bingung tika itu. Terus-terang, saya hilang konsentrasi sebaik berita tersebut saya maklumi. 'Ahwal Syakhsiah', saya tidak tahu apa yang saya jawab. Saya hanya mampu menghafal lima tajuk daripada lapan tajuk muqarra, tetapi semua yang dihafal hilang sebaik melihat soalan. Saya sebetulnya bermasalah dengan madah yang satu ini. Hendak kata susah, tidaklah sangat. Tajuknya hanya sekitar bab nikah, khitabah, muharramat minan nisak, nafkah, mahar dan beberapa tajuk lagi. Barangkali disebabkan kurang minat akan tajuk-tajuk dalam perbahasan nikah, sekali lagi saya terpaksa mengulang paper ini tahun depan. Saya tidak tahu mengapa saya cepat hilang minat apabila berbicara bab-bab ini. Tuhan, ampunkan saya! Sungguh-sungguh saya pinta, agar duka yang pernah singgah bukan penyebab saya menyisihkan madah ini.
Mungkin bagi sesetengah orang, apalah yang dibanggakan,najah setelah iadah. Dan apalah istimewanya keputusan kalau setakat biasa-biasa sahaja. Saya bukan seorang cerdik pandai, bukan juga seorang yang selalu menjulang keputusan terbaik apalagi cemerlang. Apabila dianugerahkan kejayaan biarpun hanya setakat baik atau biasa-biasa sahaja, ia sudah cukup untuk membuatkan saya tunduk syukur atas nikmat yang datang, mudah-mudahan syukur tersebut akan membuahkan benih iman berpanjangan, melahirkan sifat kehambaan yang senantiasa merasakan segala apa yang saya ada atas nusrah Tuhan.
Beristikharah dan istisyarah menguatkan jiwa. Saya akur akan takdir Tuhan, saya akan terus meniti bahtera hidup di Perlembahan Nil. Natijah Istikharah telah saya ketahui, saya akan merentas benua sekali lagi. Demi amanah penciptaan, demi cita dan impian, juga demi membuktikan kasih-sayang saya pada arwah ayah. Tuhan, lapang dan permudahkanlah urusan hamba-Mu kali ini.
06 OGOS – 08 OGOS 2007
BENGKEL PENULISAN MUSIM PANAS KARYAWAN MUDA LUARNEGARA
Berada di bawah bimbingan moderator berpengalaman dan mahsyur tentunya satu ibrah berharga yang tidak ternilai. Menyitir memori Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara yang berlangsung pada 06 Ogos- 08 Ogos 2007 bertempat di Dewan Bahasa Pustaka dan Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur, bibir akan mengukir senyum puas.
Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang diinginkan. Bengkel yang menghimpunkan 24 orang peserta daripada pelbagai universiti luar Negara sememangnya memberikan seribu satu kenangan dan pengalaman berharga. Mengenali peserta-peserta yang lain, menyalakan kesungguhan untuk terus berada di landasan pena. Sebahagian karya peserta yang segar dan membuka minda membuatkan saya ingin terus belajar dan membaiki karya.
Setiap manusia dikurniakan bakat dan kelebihan berbeza. Sesuatu yang terbaik, akan bermula dengan yang tidak baik. Tiada manusia yang lahir-lahir, terus pandai berlari. Tiada juga manusia yang lahir, terus berbakat dalam bidang kepengarangan. Justeru, saya tidak malu apabila karya dikritik. Saya hadir untuk dibimbing dan diajari, kerana itu saya telan kata-kata moderator. Bagi saya, kritikan tajam atau mungkin menyakitkan akan menjadi guru kepada saya di kemudian hari. Mungkin hari ini, saya masih bertatih. Tetapi, tidak mustahil suatu hari nanti saya akan berjalan seterusnya berlari.
Berbengkel bersama puan Salmiah Ismail, menyenang dan menyeronokkan. Saya seperti melihat tamsilan diri dalam diri beliau. Beliau seorang yang amat teliti dan tidak lokek berkongsi. Melihat kepada persembahan beliau pada hari pertama bengkel, seakan kami punya sedikit persamaan.
Puan Salmiah seorangpenulis puisi yang menghasilkan puisi hanya sekitar dua atau tiga buah dalam setahun. Sikap beliau yang teliti membuatkan beliau sedikit cerewet dalam menyaring diksi untuk menghasilkan sebuah puisi yang puitis. Maha Suci Allah swt, rupanya kami miliki persamaan. Kecenderungan saya lebih kepada cerpen berbanding puisi. Tetapi, apabila berpuisi saya akan menjadi cukup cerewet. Saya harus membaca puisi orang lain sebelum menulis puisi sendiri. Kemudian, saya akan menyaring diksi dengan sebegitu lama. Terkadang, memakan masa setengah tahun untuk sebuah puisi.
Di bawah tunjuk ajar beliau, saya sudah sedikit celik menghasilkan puisi. Juga dalam masa yang sama sudah sedikit pandai membedah puisi. Saya tidak pernah tahu yang saya berbakat dalam menghasilkan puisi. Apa yang saya tahu sebelum ini, saya hanya akan berpuisi apabila diminta. Itu sahaja. Kata-kata beliau masih bersiponggang di telinga, "Siti mungkin akan jadi penulis puisi yang baik jika Siti mempunyai pembimbing". Di akhir bengkel bersama beliau, beliau mempelawa saya berada di bawah bimbingannya. Tentu sahaja ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal. Saya akan merebut peluang yang datang, insyaallah. Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan saya nikmat yang satu ini.
Bonda Zaharah Nawawi, nama yang tidak asing lagi dalam arena penulisan tanah air. Beliau yang meraih pencapaian tertinggi Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996, di Bangkok dan Tokoh SasterawanJohor 1999 merupakan moderator cerpen di hari kedua. Melihat kepada disiplin dan ketegasan beliau, tidak hairanlah beliau layak menyandang banyak anugerah dan gelaran.
Ketegasan dan disiplin yang ketat dapat diperhatikan sepanjang beliau mengedalikan bengkel. Kecut perut juga saya. Maklumlah, karya yang dihantar entah apa-apa. Bimbang + gusar sepanjang bengkel. Saat beliau membedah karya peserta, saya seakan terasa yang karya saya memang tiada nilai. Bagai mahu menarik kembali karya yang dihantar, namun tidak terdaya.
Meski agak pedas kritikan yang dilemparkan, saya tidak akan mengalah. Bagi saya, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Saya puas. Biarpun karya tidak seberapa, kesudian beliau untuk membimbing juga memegang diri sebagai anak didik sahaja sudah memadai.Tentunya, peluang yang datang akan dimanfaatkan sebaiknya. Barangkali, pada mulanya saya agak pesimis. Namun, lama-kelamaan saya menjadi optimis. Jika mahu berjaya, usah selalu mengharap pujian kerana ia akan menghayutkan lantas melahirkan manusia yang syok sendiri dan rasa diri terbaik. Ketidaksempurnaan akan membentuk sifat mahu 'sempurna' dengan cekal dan yakin diri dalam terus belajar dan terus membaiki kesilapan. Terima kasih bonda Zaharah.
Hari ketiga, kami punya slot bersama saudara Faisal Tehrani dan Kak Nisah Hj Haron; dua nama yang selama ini hanya dilihat dalam media dan disebut teman-teman. Penyampaian slot yang bersahaja memikat peserta. Banyak input yang kami dapat. Terima kasih atas kesudian membimbing dan menjelas kesamaran yang selama ini berkubu tanpa alasan kukuh.
Keramahan Kak Nisah Haji Haron menyingkir malu saya. sebetulnya, saya segan dengan beliau. Sudah berkali sahabat-sahabat penulisan di Negeri Sembilan mahu memperkenalkan kepada beliau, berkali juga saya menolaknya. Alasannya, saya belum bersedia untuk bersua dengan beliau kerana tahap penulisan saya masih terawang-awangan. Sewaktu memilih buku di gerai Ujana Ilmu, beliau dengan ramah menegur. Agak terkejut juga apabila beliau mengenali saya.
Semasa beriringan ke cafeteria, beliau menyuarakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan sahabat-sahabat seangkatan, khususnya di Negeri Sembilan. Insyaallah, sekali lagi kami bakal bertemu di rumah beliau penghujung Ogos ini untk sembang sastera dan bercakap tentang novel 'Ayat-ayat Cinta – Habibur Rahman Syirazi.
09 0GOS 2007
KETENTUAN YANG TIDAK DIJANGKA
Usai bengkel, saya dijemput abang ipar. Hasrat untuk pulang ke Negeri Sembilan hanya diperkenankan Uda pada hujung minggu. Hari ini, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca. Semasa bengkel tempoh hari, saya memborong beberapa buah novel sastera untuk membuka minda. Dari pagi, menelaah novel 'Detektif Indigo; Ikan Fugu, Lukisan dan Simpson' – Faisal Tehrani. Khatam di tengah hari, seterusnya menyambung 'Sesegar Nailofar' – Zaid Akhtar hingga hari ini masih belumberkesudahan.
Sesekali berhenti melayan dua orang anak buah yang sedikit nakal, hampir memeningkan. Biarpun si Kakak, Nur Mawaddah baru berusia dua tahun, dan si adik Nur Batrisya baru sembilan bulan benar-benar menguji kesabaran. Keletah keduanya seringkali mengganggu pembacaan. Si Kakak yang sedikit lasak harus dilayan dan cermat diperhatikan. Pantang lepa, ada sahaja yang ingin dicubanya. Bonda yang turut berada di rumah Kak Long, sudah tidak terdaya menurutkan kehendak si Kakak. Apalagi, sayalah yang melayan.
Hampir Maghrib, saya menerima panggilan. Acik tiba-tiba dikejarkan ke wad. Situasinya sudah terlalu tenat. Hati tiba-tiba bercabang, penuh ranting rasa. Empat hari lepas sebelumberangkat ke bengkel DBP, Acik masih biasa. Tidak menunjukkan yang situasinya tenat. Sempat kami bergurau senda. Memang buah pinggang Acik telah mengecut, dan kami dalam proses tranplantasi organ. Entah mengapa, bagai ada alamat asing yang masuk dalam gelar aneh di dada. 'Astagfirullah', dalam situasi begini syaitan akan mencari tempat untuk bertapak. Apa yang harus saya lakukan saat ini adalah meneguh iman dan bertawakal sepenuhnya pada Pencipta agar emosi kembali berpaksi pada kedudukan yang tepat.
AKHIRNYA ACIK PERGI UNTUK SELAMANYA
Belum pun beberapa bulan saya kehilangan, hari ini, saya sekali lagi kehilangan ahli keluarga. Al-Fatihah buat arwah Acik. Terasa ujian Tuhan datang bertalu-talu, tindih menindih menimpa diri. Saya hampir hilang pertimbangan apabila dimaklumkan Acik telah tiada sewaktu kami on the way ke hospital seusai Maghrib. Saya segera tersedar apabila, bibir dengan tenang menutur 'lnnalillahi wainna ilaihi raji'un' biar tubir mata basah dengan mutiara putih bertali. Barangkali, hati cuba memujuk diri. Kalimah 'sabar' saya ulang dalam hati supaya mendarah daging dalam segenap penjuru urat selirat, juga dalam pembuluh darah. Kerana 'sabar' itu iman, maka iman harus sebati dengan diri pada tiap-tiap yang dikerjakan.
Pernah saya mengeluh, kerana diri manusia biasa. Tetapi tidak pernah saya mencemuh, kerana tahu di situlah terletaknya keluar biasaan yang akan terserlah di hadapan Tuhan. Terlalu cepat masa berlalu. Terlalu banyak hari yang menjadi lipatan sejarah kehidupan. Tuhan, andai ini ujian, kifarah atas dosa lampau, saya redha. Saya berdoa penuh harapan, agar Acik ditempatkan dikalangan insan beriman dan dijauhkan azab dan siksa kubur.
KENANGAN DAN PENGALAMAN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Tidak tahu bagaimana saya boleh lakukan. Betul-betul saya tidak tahu. Barangkali ini anugerah dari Tuhan, hadir untuk memulia dan mententeram jiwa yang hebat bergalau. Dengan kedua tangan ini, saya mandi dan kafankan jenazah acik.
Saat memandikan, jiwa tiada rasa. Apa yang saya tahu, saya mahu sempurnakan jenazah Acik sebaiknya. Hampir saya meradang apabila ada yang cuba menyiram air agak kasar kepada mayat. Sekalipun mayat, ia tetap merasakan kesakitan. Itu yang saya pelajari. Alhamdulillah, ilmu kemasyarakatan yang dipelajari tiga tahun lepas di Mesir banyak membantu.
Acik begitu tenang di pembaringan, wajahnya mengukir senyuman. Kedua matanya yang sedikit terbuka apabila minta dipejamkan, ia menurut patuh. Subhanallah, saya amat bersyukur pada Tuhan. Acik pergi secara baik juga pada hari baik Khamis malam Jumaat. Sepanjang hidupnya, arwah tidak banyak menyusahkan orang. Saya kucup wajah tenang Acik untuk kali yang terakhir dengan mengempang air mata. Setiap orang yang ingin mengucup wajah Acik saya peringatkan agar tidak menitiskan air mata. Bonda tabah saat mengucup dahi dingin Acik. Saya tidak lihat bonda menangis saat bacaan Yasin diperdengarkan hari ini, tidak juga air matanya tumpah saat saya memandi dan mengkafankan. Hanya dia saya lihat, berjujuhan air mata saat saya menghadiahkan bacaan Yasin di wad kelmarin. Jika bonda boleh tabah, mengapa tidak saya?
Saya tidak ikut menghantar jenazah ke kubur. Biarlah adik-beradik lelaki dan bapa saudara pula mengambil tugas. Saya jadi teringat arwah ayah, 'ayah terima kasih kerana menghantar saya ke sekolah agama'.
Apabila ada suara mempertikaikan sebab kematian Acik, saya malas ikut campur. Di kalangan ibu saudara, ada yang mengatakan, "Kalau Acik tidak berdegil tidak mahu menjalani hemodialisis pasti tak jadi macam ni". Bagi saya, semuanya telah tertulis di langit, pasti akan ada hikmahnya. Saya percaya, setiap yang diambil pasti akan diberi ganti oleh Tuhan dengan cara yang menakjubkan. Yang penting, kita harus memerdekakan diri daripada rasa terikat, terlekat atau terlalu memiliki.
Seorang sahabat ada menyatakan, bahawa setiap ujian yang datang akan menjadikan seseorang itu bertambah tabah. Saya akui kebenaran katanya biar jiwa hebat digodam amuk badai perasaan. Saya temui damai dan ketenangan di celah-celah keserabutan.
Saya tidak mahu putus asa daripada rahmat Tuhan. Jika kita putus asa dari rahmat-Nya, Dia juga akan singkirkan kita dari Dia. Hakikatnya, orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman yang kental, kita pasti tidak dapat bangkit menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu nikmat buat kita hamba-Nya. Cekal di sebalik musibah itu yang terbaik, tetapi jarang kita mengintai hikmahnya. Ampunkan kami Tuhan.
MAAF YANG DITERIMA & UCAPAN TAKZIAH DARIPADA BONDA AZAH (HSKU)
Hasrat ke program HSKU telah saya batalkan beberapa hari sebelum ke bengkel DBP. Namun respon bonda Azah (urusetia HSKU) tidak saya terima. Saya khuatir, saya akan menyulitkan keadaan apabila membatalkan pendaftaran di saat-saat akhir. Saya punya alasan menarik diri. Rupanya hikmah di sebalik penarikan tersebut, saya bakal menguruskan jenazah Acik.
Maafkan saya bonda Azah. Terima kasih atas kesudian menerima maaf saya. Terima kasih juga kerana memahami dengan menghubungi saya. Juga atas ucapan takziah yang diutuskan. Insyaallah, jika ada ruang dan peluang, kita akan bertemu juga suatu hari nanti.
i.Apakah harta-harta yang termasuk di dalam harta pusaka orang Islam?
Keseluruhan hartanya pada waktu dan detik berlaku kematiannya termasuk wang KWSP, pampasan, wang ringgit, rumah dan sebagainya.
ii.Siapakah waris-waris yang berhak?
Waris-waris yang berhak adalah sebagaimana ditentukan oleh hukum syarak.
iii.Apakah kedudukan harta sepencarian di dalam wasiat faraid?
Pihak Wasiatfaraid memegang kepada prinsip bahawa harta sepencarian adalah suatu peruntukan yang diterima pakai di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bercadang untuk membuat wasiat faraid perlulah mengkaji dan membuat peruntukan yang sesuainya bagi bahagian harta sepencarian pasangan mereka. Ini adalah terpakai bagi kedua-dua laki-laki dan perempuan.
iv.Adakah wajar sekiranya suami isteri membuat wasiat faraid pada masa yang sama?
Pihak wasiatfaraid amat setuju apabila kedua-dua pasangan membuat wasiatfaraid pada masa yang sama. Ini adalah mirip kepada "mutual will" di mana dua orang membuat wasiat dengan persetujuan tentang salah satu perkara yang akan wujud di dalam wasiat masing-masing. Sebagai contoh, dengan pasangan bersetuju tentang bahagian-bahagian harta mereka yang termasuk di dalam bahagian harta sepencarian, maka kedua-dua pasangan boleh membuat perakuan yang nyata tentang perkara tersebut dan mengelakkan tohmahan pada masa akan datang.
v.Kenapa Wasiat Faraid penting bagi saya?
Saudara perlulah mengambil maklum akan fungsi wasiat itu sendiri. Secara ringkasnya, ianya berfungsi seperti berikut:
i.melantik pentadbir harta;
ii.melantik pemegang amanah;
iii.melantik orang-orang tertentu untuk urusan tanah terurus (settled land);
iv.melantik penjaga (guardian) bagi kanak-kanak di bawah Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961;
v.membatalkan wasiat terdahulu;
vi.memberi arahan terhadap pengebumian; dan
vii.memberi kuasa kepada pentadbir harta untuk melabur harta atau membahagi pusaka tanpa memerlukan persetujuan.
vi.Saya telahpun membuat penamaan di KWSP. Adakah penama-penama berhak kepada wang caruman KWSP?
Tidak. Prinsip yang perlu dipegang adalah wang caruman KWSP akan berbalik kepada pencarum apabila pencarum mencapai umur 55 tahun dan merupakan harta pencarum. Sekiranya pencarum meninggal dunia sebelum mencapai umur tersebut, maka ianya termasuk di dalam harta pesakanya.
vii.Apakah wasiat yang diterima pakai oleh undang-undang?
Mengikut s. 5(1) Ordinan Wasiat sesuatu wasiat hanya akan dianggap sah jika ia dibuat secara bertulis. Seksyen 5(2) menurun cara-cara atau format yang perlu diikuti dalam pembentukan suatu wasiat iaitu:
.bertulis
i.ditandatangani oleh pewasiat atau seseorang yang diarah dan di hadapannya
ii.disaksikan oleh dua orang saksi
Walau bagaimanapun s. 26 memperuntukkan kekecualian kepada peruntukan s. 5 ini. Seksyen 26 membolehkan seseorang membuat wasiat secara tidak rasmi atau dengan tidak mengikut format yang ditentukan. Wasiat ini dipanggil wasiat istimewa (privileged will) yang mana ia hanya boleh dibuat oleh seorang anggota tentera yang sedang yang berada atau menjalani perkhidmatan ketenteraan sebenar (actual military service) dan bukannya yang hanya berada dalam perkhidmatan ketenteraan (active military service) dan juga tentera laut yang berada di laut. 'Perkhidmatan ketenteraan sebenar' bermaksud anggota tentera itu sedang berada dalam keadaan peperangan atau yang memungkinkannya menghadapi sebarang bahaya. Wasiat istimewa tidak perlu bertulis dan ditandatangani atau disaksikan. Ia juga boleh dibatalkan secara tidak rasmi.
viii.Bolehkah kita berwasiat kepada seorang yang sudahpun menjadi waris di dalam harta pesaka?
Pertama, terdapat polemik sama ada dibenarkan atau tidak wasiat bagi seorang ahli waris. Ini mungkin bukan forum yang sesuai untuk membincangkannya. Namun yang demikian, wasiat khusus kepada waris dapat diterima. Contohnya, supaya harta yang spesifik diberikan kepada salah satu waris. Ini mempunyai hikmah disebaliknya. Sebagai contoh, anda membuat wasiat supaya anak bongsu yang menerima rumah tersebut. Ini bermakna, anak bongsu mendapat pilihan untuk mematuhi wasiat tersebut. Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah untuk mendapatkan dana, seperti membuat pinjaman bank, dan membayar nilai pesaka waris-waris lain di dalam rumah tersebut.
SEBETULNYA saya tidak tahu bagaimana harus saya mulakan catatan kali ini. Fikiran saya kacau, perasaan juga agak kurang tenteram.
Saya baharu sahaja pulang daripada pusara arwah ayah. Agak lama saya di sana menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci dan doa. Moga doa yang pernah saya utus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar di muka bumi. Moga kita akan bertemu di jannah nanti.
Sebenarnya, saya masih belum boleh menerima akan pemergian arwah ayah. Berkali saya cuba yakinkan diri yang ayah telah tiada, berkali juga saya terus merasakan ayah masih di sisi. Air mata entah sudah berapa gelen tumpah. Saya banyak mengenang ayah, sementelah berada di rumah peninggalan ayah pada bonda cukup membuatkan nostalgia bersama ayah bergentayangan di ruang mata.
Di segenap jihat, saya persis nampak kelibat ayah. Saat menyapu daun-daun kering di halaman rumah, corong telinga bagai disapa suara tegas ayah yang menyuruh saya mengumpulkan sampah dan daun-daun kering di bahagian belakang rumah untuk dibakar.
Saat memasak di dapur, persis terdengar permintaan ayah yang mahukan saya menggantikan bonda mereneh sup perut muda kegemarannya.
Tika mata hampir terpejam, saya rasakan ayah hadir membelai ubun-ubun saya. Di katil itu saya pernah terlantar kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya dua tahun yang sudah. Ayah pernah mententeramkan saya, mengajar menjadi insan yang senantiasa redha dan bergantung harap pada Tuhan.
Lalu, bagaimana harus saya luputkan segala kenangan bersama arwah ayah? Saya hampir demam rindukan ayah. Baju arwah ayah yang belum berbasuh pemberian uda meringankan rindu saya.
Pusara ayah masih merah, belum bernisan pun lagi. Saya memegang tanah yang bersemadi jasad ayah. Moga ayah tenang di pembaringan dalam rahmat kasih sayang Tuhan.
DERITA YANG AYAH TANGGUNG
'Arwah ayah tidak pernah bahagia sepanjang hidupnya'. Kepulangan Anjang daripada Johor Bharu banyak mengungkap pemergian ayah. Anjang merupakan orang yang kerap menemani ayah ketika ayah koma.
Melalui Anjang, saya mengetahui bahawa arwah ayah banyak menderita ketika hidupnya. Ayah tidak pernah bahagia sepanjang hidup. Sejak kecil ayah hidup dalam keluarga yang berpecah. Ayahbondanya bercerai sewaktu beliau masih kecil.
Pakaian ayah tidak pernah berganti apabila Syawal menjelma. Ayah pentingkan anak-anak bahagia dan gembira. Ayah seorang yang tidak mahu menyusahkan orang lain. Ayah sebelum kematiaannya telah berwasiat yang dia tidak mahu mayatnya ditanam bersebelahan pusara ibunya yang meninggal beberapa bulan sebelumnya. Arwah ayah khuatir dia akan menyusahkan orang lain yang terpaksa mendaki tangga tinggi sebelum sampai ke kubur. Dengan itu, arwah ayah rela berpisah daripada arwah ibunya dengan jasadnya dimakamkan di kubur arwah atok sebelah bonda.
Kawan baik ayah turut menceritakan, bagaimana arwah ayah pernah menangis mengadu yang dia sudah tidak larat untuk bekerja lagi. Badannya sudah sakit-sakit. Arwah ayah menyimpan derita penyakit sendiri. Tetapi, demi kami anak-anaknya dia meneruskan pencarian.
Ayah ditindas manusia yang tidak berhati perut di tempat kerja, dia tidak pernah suarakan deritanya pada kami sekeluarga. Kami hanya tahu selepas ayah tiada. Surat-surat rayuan ayah terhadap majikannya merupakan bukti penderitaan ayah. Arwah ayah membanting tulang dengan kuat, tetapi kedudukannya masih ditakah lama. Dan, apabila ayah sudah tidak mampu lagi menanggung apa yang telah ditaklifkan Tuhan, ayah kembali pada Tuhan.
Ayah… Maafkan saya kerana lambat memahami kasih sayang ayah.
MAHU TAWAQUF PENGAJIAN
Kalau dia tahu bagaimana keadaan saya waktu ini, pasti dia tidak akan tinggal diam membenarkan saya pulang sendiri, apalagi melalui saat getir ini sendiri. Cukuplah saya katakan, yang situasi keluarga kucar-kacir setelah ketiadaan ayah, dan betapa hati saya hancur menyaksi keadaan keluarga kini.
'Saya mahu tawaquf pengajian.' Saya pernah suarakan rasa hati pada dia beberapa hari yang sudah apabila kami bertemu di YM. Dia berkeras menentang. Katanya, jangka pengajian saya hanya berbaki sedikit, mengapa harus dihentikan.
Saya cuba menerangkan, namun saya tidak terdaya. Dia tidak mungkin faham dengan situasi saya sekarang. Sepanjang berbicara di ruang maya, air mata yang bertali cukup menggambarkan betapa saya perlukan sokongan dan kekuatan melalui detik getir ini.
Kadangkala, ada perkara yang boleh kita cerita dan kongsikan bersama dan terkadang, ada perkara yang tidak harus kita kongsi dan cerita.
Saya mengerti, dia cuba memahami. Benar, mungkin dia boleh memahami, tetapi tidak merasai. Terlalu awal rasanya tanggungjawab itu terpundak. Apa yang harus saya lakukan dengan situasi keluarga sekarang? Dia yang sepatutnya terlebih arif tiba-tiba berubah laku.
Terkadang, saya jadi tertekan dan marah. Apakah kerana arwah ayah jarang dan tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya, dia berhak membenci selamanya? Tidak adakah sedikit ruang di hatinya untuk memaafkan. Arwah ayah telah tiada, mengapa dia tiba-tiba besar kepala?
Andai dengan tawaquf pengajian saya mampu pulihkan keadaan. Saya rela. Saya tahu, dia (rafik akrab saya) dan bonda sama sekali tidak akan benarkan. Dan, itulah hasil perbincangan saya dan dia. Katanya lagi, saya masih punya dia dan teman-teman yang lain. Berbaloikah? Atau adilkah saya meninggalkan keluarga mengejar cita-cita dan impian saya? Saya masih buntu, biarlah istikharah dan keadaan yang menentukan.
FARAID DAN BADAL HAJI
Saya tidak banyak ikut campur akan keputusan keluarga. Namun, untuk pembahagian harta tinggalan arwah ayah, saya rasa, saya tidak boleh biar keluarga tentukan. Jika tidak makan berlembut, saya terpaksa berkeras.
Bukan saya mahukan harta ayah, apalagi mahu berebut sesama adik-beradik. Ia hukum Allah swt yang harus saya lunaskan agar ruh arwah ayah tenteram. Faraid telah ditentukan bagi setiap ahli waris apabila seseorang meninggal. Faraid adalah hak Allah swt yang harus ditunaikan. Saya tidak mahu ayah dan saya dipersoalkan di hadapan Tuhan kelak. Alasan ini juga saya kemukakan pada Kak Long. Benar-benar saya harap, Kak Long mengerti.
Pesan arwah ayah pada uda tersemat kemas di kotak ingatan, 'jangan kerana harta, adik-beradik bergaduh,' Itu yang saya cuba untuk elakkan. Orang di sekeliling tidak akan faham. Lebih menyedihkan, ada antara adik-beradik yang termakan kata jahat mereka.Benarlah kata seorang guru saya empat tahun yang sudah. Kerana harta, manusia akan mudah lupa diri.
Saya kini, bukan sahaja berhadapan dengan serangan dari dalam tetapi dari tiga penjuru yang agak sukar. Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang tidak mahu melihat kami sekeluarga bahagia.
Keputusan saya nampaknya disepertujui. Teori yang dipelajari harus dipraktikkan, dan saya memerlukan bantuan sahabat-sahabat untuk mem'faraid' harta ayah. Badal Haji untuk arwah ayah juga kini terpikul di pundak saya. Benar-benar saya pohonkan agar Tuhan membantu saya.
DERITA DIA, DERITA SAYA
Apa yang harus saya kata atau lakukan apabila dia bertanyakan, mengapa harus dia menerima derita? Mengapa Tuhan memilih dia untuk diuji? Dia bukan manusia yang faqeh agama, justeru bagaimana mungkin dia bisa saya pahatkan dengan takdir Tuhan yang menimpa?
Air matanya yang tumpah membuatkan saya makin kacau. Sakitnya sudah kronik, kedua-dua buah pinggangnya telah mengecut dan tidak mungkin lagi dapat berfungsi. Justeru, dia harus memilih, apakah mahu menjalani Hemodialisis atau mengganti buah pinggang baharu.
Saya menyaksikan si bonda berusaha agar dia kembali jalani kehidupan. Namun, setakat manalah kudrat seorang bonda. Adik-beradik mula mempersoalkan, siapa yang layak menderma buah pinggang? Di bahagi, tambah, darab dan tolak; tiada siapa yang berani mengambil risiko. Sedang dia semakin lemah dan tidak bermaya. Saya jadi tidak tahu apa. Mengapa harus saya lalui semua ini?
Akhirnya, bonda membuka mulut, 'kalau ambil buah pinggang bonda boleh kah?' Tuhan, kasih bonda membawa ke syurga. Andai saya bisa memberi buah pinggang saya, tentu bonda tidak perlu bertutur begitu. Tuhan, Engkau permudahkanlah urusan kami.
17 JULAI 2007
MAAFKAN SAYA
Kepada sahabat-sahabat yang berkenaan, saya pohonkan ribuan kemaafan atas permintaan kalian. Saya tidak berani berjanji yang permintaan kalian akan dapat saya penuhi. A'la kullihal, saya berusaha untuk memenuhi permintaan kalian. Sekiranya gagal, maafkan saya. situasi keluarga yang memerlukan perhatian terperinci akan mudah membuatkan saya hilang focus untuk melakukan sesuatu kerja. Saya amat berharap kalian faham.
Untuk kak Nora, permintaan akak saya akan cuba penuhi. Andai, tidak mampu disiapkan dalam tempoh tertentu, saya mohon maaf amat. Dan sebaiknya, saya cadangkan akak mencari ganti tempat saya untuk permintaan tersebut mulai sekarang.
Untuk sidang editorial Gema Negeri, tugas yang menjadi tanggungjawab saya, akan cuba saya lunaskan sebaiknya. Namun, ada beberapa kolum yang saya rasakan saya terpaksa menarik diri. Untuk kolum ‘Tokoh Mithali’ saya telah maklumkan pada saudari Fariza yang saya terapaksa menarik diri atas alas an tertentu. Insyaallah, tugas-tugas lain akan saya lunasi sekudrat diri.
19 JULAI 2007
KEPENTINGAN YANG HARUS DIKETEPIKAN
Saya menemani Kak Teh dan Pak Long ke Kuala Lumpur. Pak Long tidak lokek minyak kereta melewati bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pak Long menunjuki saya tempat yang bakal saya hadiri 6-8 Ogos ini.
Sebaik pulang, kami ke rumah Adik Manja menghantar barang yang dikirim. Sebaik itu, kami ke Giant mencari keperluan. Sempat Pak Long lewati kedai buku. Dan tentunya saya tidak melepaskan peluang mencari buku-buku kegemaran saya. Alhamdulillah, buku-buku Hadiah Sastera Utusan ada lima judul. Jika diturutkan hati, saya mahu miliki semuanya. Namun, saya harus meminimakan belanja biarpun dari wang simpanan sendiri.
Saya tidak mahu menambah beban, dalam situasi sebegini saya harus berjimat biarpun terpaksa mengetepikan kepentingan diri. Jujurnya, saya benar-benar terkilan, saya sudah lama mencari buku-buku sebegitu, namun bila ketemu saya tidak dapat milikinya. Pak Long tahu isi hati saya, dia cuba penuhi. Tetapi, pesan ayah membuatkan saya susah mahu menerima. Ayah tidak mahu anak-anaknya meminta-minta kepada orang lain. Peninggalan ayah untuk kami sekeluarga cukup untuk menampung sara hidup.
Saya memikir kembali akan rancangan mahu menyertai program wacana Hadiah Kumpulan Sastera Utusan. Rasanya, saya mementingkan diri. Diakui, memang saya ternantikan program sebegini. Namun, untuk situasi sekarang saya harus mengetepikan kepentingan diri.
20 JULAI 2007
SALAM BAHAGIA
Untuk adik Nurul Bariah; teman sebilik saya di ARMA,juga buat dia Rafik terakrab saya, salam bahagia. Kebahagiaan kalian merupakan kegembiraan saya.
Nampaknya saya harus belajar berdikari sendiri selepas ini. Tahniah dik, insyaallah alang cuba datang pada hari Walimah adik. Ingat pesan alang hari tu, langkah bendul kena bagi saguhati pada alang J.
Untuk rafik akrab saya, an telah cuba menerangkan situasi kita di sana kepada ayah dan ibumu. Nampaknya, mereka faham. Rahsia kita turut ibumu bicarakan tempoh hari ketika mereka bertandang ke rumah mengambil kiriman. Mereka seakan merestui. Dan, an cukup yakin berita gembira akan menyusuli.
Untuk itu wahai sahabat, ‘salam bahagia’, perkara baik usahlah ditangguh-tangguh. An akan terus mengutus doa buatmu. Tidak perlu kamu menanti kepulangan saya ke sana. Mudah-mudahan segala-galanya berjalan baik. Amin.
KEKUATAN AKAN HADIR, BIARPUN LAMBAT
Saya cukup yakin, kekuatan akan hadir biarpun lambat, dan Tuhan sama sekali tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan. Kerana itu, saya mahu senantiasa rapat dengan Tuhan. Merasai kasih saying-Nya dalam derita berpanjangan.
Buat semua yang membantu mendoakan, saya dahului ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Saya juga yakin, bahawa air mata yang tumpah di hadapan Tuhan tidak akan sia-sia. Saya mahu terus melangkah biar onak dan ranjau terhampar, saya mahu lalui sunnah para alim ulamak, menganggap ujian itu tanda kasih dan prihatin Tuhan pada hamba.
SAYA baru tiba dari Mesir beberapa jam sudah. Tubuh benar-benar terasa penat. Penat KELAP tempoh hari juga masih belum hilang. Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam membuatkan tubuh lenguh-lenguh. Satu kepulangan yang menyingkap rahsia selama ini saya nantikan.
Sebetulnya, saya pulang seorang tanpa teman. Atas takdir Khalik, saya dipertemukan teman untuk pulang bersama. Rabiatul Adawiayah, adik sebilik saya di rumah Negeri menemani saya. Jazakillah khairul jazak atas kesudian dan budi baik adik. Perancangan untuk pulang telah lama. Seawal bulan Mei lagi. Sebaik berita ayah tenat dimaklumi. Namun, atas beberapa sebab saya terpaksa menangguhkannya. KELAP salah satu sebab saya menangguh kepulangan. Saya bersyukur, KELAP berakhir dengan baik biarpun banyak bahagian saya lompang dan capik. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. Terutama sahabat-sahabat seangkatan yang banyak mengajar dan menabur budi. Dedikasi buat; Us. Mohd Zaki, Us. Hisham, K.Saidah Salim, BPP, HEWI, juga tidak dilupakan barisan adhock pelaksana program.
Tidak dilupakan, ahli bait, adik Zainab, dan sahabat-sahabat yang membantu saya untuk urusan pulang ke tanah air, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah membalas budi kalian dengan imbalan sebaiknya.
Dengan menggunakan perkhidmatan Singapore Airline Sistem, saya selamat tiba di KLIA hampir jam tujuh petang waktu Malaysia. Flight daripada Singapore mengalami masalah teknikal, penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa ditunda hampir 15-20 minit.
AYAH PERGI PADA HARI KELAHIRAN SAYA
Ayah telah tiada begitu kata bonda saat saya bertanyakan 'di mana ayah?' Rahsia yang tidak saya ketahui selama ini. Keluarga merahsiakan. Kalian pasti tertanya-tanya, bagaimana kesudahan catatan saya tidak lama dulu ( Doa untuk Ayah 1 & 2). Sebenarnya, saya keputusan khabar daripada keluarga mengenai cerita ayah lama. Setiap kali saya bertanya (ketika menghubungi keluarga), mereka pasti kata, ayah sudah baik. Ayah ke surau, ayah balik kampong dan sebagainya.
Ketibaan saya di KLIA disambut Pak Long. Mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana Pak Long memang sudah biasa menjemput atau menghantar saya ke mana-mana. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Mak Long tersasul bertanya tentang perbelanjaan bulanan saya di Mesir dengan menyebut, Ti, bulan-bulan 'arwah' ayah kirim duit belanja berapa? Apabila Mak Long tersedar, dia cepat-cepat cover. Saya terdiam. Dalam hati, saya cuba lawan dan tenangkan perasaan. Ayah masih ada, begitu doa dan harapan saya setiap kali teringatkan ayah. Ayah sedang menunggu saya, ayah tidak sihat. Disebabkan itu, ayah tidak menjemput saya.
Namun saya pelik, sewaktu tiba di rumah, semua ahli keluarga berkumpul tetapi bayang ayah tiada. Hati saya berasa tidak enak sejak dalam pesawat dari Sin- Kul lagi. Saya disapa debar nian tibat-tiba.
Saya hairan dengan ketiadaan ayah di rumah. Tiada seorang yang membuka mulut bercerita, saya pula sengaja tidak mahu bertanya. Saya bimbang sebenarnya, bimbang dengan apa yang bakal diceritakan tidak seperti yang saya inginkan. Akhirnya, sewaktu bonda menemani saya makan di dapur saya memberanikan diri bertanya. Bonda menyuruh saya menghabiskan nasi yang berbaki di pinggan. Sebaik suapan terakhir saya telan, bonda merenung sayu ke wajah saya.
Air mata bonda tumpah tiba-tiba. Saya cuba buat tidak mengerti. Sungguh, saya sebenarnya tidak sanggup melihat bonda menumpahkan air mata. Jiwa saya sengsara. Saya empang air mata agar tidak tumpah. Bonda memohon maaf sungguh-sungguh. Satu-persatu sejarah pemergian ayah dirungkai. Saya membisu seribu bahasa. Jiwa entah apa rasa pun saya tidak tahu. Bonda hampir tidak mampu bersuara saat bercerita. Tangisannya makin menjadi. Saya menyaksikan derita bonda. Betapa bonda sengsara mahu memastikan kami adik-beradik terbela. 'Arwah ayah pergi pada hari jadi alang'. Saya tiba-tiba tidak mampu mengawal tangis. Saya menangis semahunya tanpa suara. Air mata gugur jatuh ke pinggan makan.
14 Mei kelahiran saya, kematian ayah. Tiba-tiba saya teringat sambutan hari lahir yang diraikan teman-teman seolah terasa saya sambut kematian ayah. Ayah, maafkan saya. Saya tidak tahu. Lama saya tidak dimaklumkan tentang ayah. Ramai teman-teman bertanya dan memaksa saya pulang sebaik imtihan. Tetapi saya tiada jawapan terhadap persoalan mereka.
Ramai juga yang mengatakan saya mementingkan diri sendiri. Saya telan kata mereka, kerana bagi saya, mereka tidak tahu bagaimana susahnya angah, dan bonda mencari wang untuk membawa saya pulang. Saya bersyukur kerana Tuhan mudahkan urusan.
RAHSIA YANG DISEMBUNYIKAN
Saat saya mahu chek in kelmarin, rafik akrab saya memeluk saya dan meminta maaf. Saya bingung. Dia seolah menyembunyikan sesuatu. Sesudah khabar ayah diketahui, barulah saya faham. Rupanya dia sudah lama tahu yang saya tiada ayah. Patutlah dia berusaha untuk memastikan saya tertawa dan tidak sedih.
MAHU JAGA BONDA
Saya masih sedih. Saya tidak sempat kucup tangan ayah buat kali yang terakhir. Saya tatap wajah ayah yang kak Teh abadikan di telefon tangannya. Gambar dan video yang diambil secara curi-curi ketika di bilik ICU. Badan ayah berselirat wayar. Bunyi mesin yang kuat kedengaran. Tubuh ayah dipenuhi darah. Jiwa saya sebak, pilu amat. Saya tidak boleh menangis. Nanti bonda susah hati. Anjang kata, bonda cepat pengsan bila sakit. Saya hanya diam. Ketika sendiri, saya menangis semahunya. Saya tidak salahkan sesiapa kerana saya pernah kata dalam catatan terdahulu yang saya akan redha dengan apa yang berlaku.
Adik-beradik semua punya kenangan terakhir bersama ayah. Tapi saya? Mereka berpeluang menjaga ayah. Melihat dan merasai derita ayah. Sedang saya? Saya tiada kenangan bersama ayah.
Bonda sudah tidak tinggal di Klang. Hanya sekali sekala baru pulang. Lebih banyak menghabiskan masa menjaga rumah tinggalan ayah di kampong. Rumah yang menyimpan kenangan terakhir bonda bersama ayah. Bonda terlalu tabah. Impian ayah yang tidak tertunai ketika hayatnya, bonda cuba untuk tunaikan.
Arwah ayah pernah berkata, ayah mahu menternak kambing kerana kambing mempunyai nilai pasaran yang baik. Uda yang tidak jadi sambung belajar, kini sedang menyiapkan kandang kambing. Sedikit masa lagi usaha dan impian arwah akan tertunai, insyaallah. Arwah ayah juga pesan pada bonda agar menjaga cucu-cucu yang ditinggalkan. Bonda menyahut pesan itu dengan berlaku baik dengan Wardah dan Iesya.
Tadi saya sebak apabila Wardah tanya fasal atok. Bonda jawab; 'atok sudah tiada, sekarang hanya tinggal wan seorang'. Saya ditanya Pak Long dan ahli keluarga yang lain, apakah saya mahu bekerja atau berehat cuti ini? Saya masih memikir. Saya mahu jaga bonda. Memerhatikan bonda agar bonda tidak kesunyian. Saya juga mahu selalu ke kubur ayah menghadiahkan bacaan ayat-ayat al-Quran di samping dapat memelihara kebersihan kubur ayah dari ditumbuhi rumput liar dan lalang.
Memang kehilangan itu terlalu sukar untuk diterima. Namun, mahu tidak mahu ia mesti direlakan. Kita diuji untuk menjadi mukmin sejati. Saya pohon dan sandarkan harapan sepenuhnya pada Tuhan untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Saya juga bakal pergi suatu hari nanti.
12 JULAI 2007
MENAMBAH KOLEKSI
Pagi tadi, saya berpeluang ke beberapa buah kedai buku di Seremban. Tujuan asal mahu ke pejabat pos mengirim pos ekspres kepunyaan teman, entah bagaimana boleh melencong sebaik urusan pejabat pos selesai.
Hampir lima buah kedai saya lewati, namun banyak buku yang dicari belum berhasil ditemui. Saya sebetulnya mencari novel berunsur sastera (tidak kiralah siapa penulisnya). Apa yang mengecewakan, novel-novel seumpama itu amat sukar diperolehi. Novel-novel ringan memang berlambak, tersusun di banyak rak. Diskriminasi! Bagi saya, adalah tidak adil situasi yang berlaku.
Sesudah penat bertawaf, akhirnya saya temukan beberapa buah buku. Hampir RM 200 juga saya berhabis. Uda hairan melihat saya. Katanya, apalah yang seronoknya buku-buku tu? Bukan boleh kenyang pun. Saya tersenyum cuma, malas mahu menjawab. Dia mahu jadi driver bawa ke mana-manapun sudah cukup baik.
Bagi saya, hanya orang tertentu sahaja dapat merasai nikmatnya membaca buku sebegitu. Enam buah buku bakal saya hatamkan. Apa yang pasti, karya Faisal Tehrani akan menjadi pemula kepada yang lain-lain. Antara buku-buku yang kini bakal menambah koleksi saya; Kekasih Sam Po Bo (Faisal Tehrani),Thariq (Ayahanda Abd. Latip), Suu Phea (Abu Hassan Morad), Ladang Hati Mustika (Ummi Hani Hassan), Dari Salina ke Langit Petang (A. Samad Said) dan Anjung Deklamator (Kumpulan puisi dan petua deklamator Rahman Shaari).
PERJALANAN YANG DIRESTUI
Apabila saya memberitahu keluarga yang saya ingin menyetai Hadiah Kumpulan Sastera Utusan (HKSU) dan Bengkel Musim Panas di bawah anjuran Group Karyawan Luar Negara (GKLN) dan DBP yang bakal diadakan Ogos ini mereka tidak bantah. Sebaliknya, mereka mengatur jadual untuk bergeler-geler menghantar dan menjemput saya.
Saya tahu, mereka cuba mengembirakan saya. Bonda sudah pesan pada angah, uda, dan adik-adik agar penuhi hasrat dan minat saya. Biar saya lakukan apa yang saya mahu. Saat ini, sekali lagi saya hampir menitiskan air mata dengan pengertian bonda. Moga Allah memayungi bonda selamanya.
SAYAtidak tahu kenapa saya tiba-tiba jadi marah pada diri sendiri. Saya sering menyubur orang lain agar tidak marah dan senantiasa memagar diri dari sifat yang satu ini. Namun… saya tewas dalam menyubur diri sendiri hari ini. Tuhan, ampuni saya.
Saat bertalaqi kitab Hasyiah Baijuri di serambi masjid Al-Azhar amarah yang merasuk hilang jeda. Mungkin kerana kotak fikir memang meminati ilmu yang disampaikan. Usai satu bab diduskusi, amarah kembali bermaharaja. Pernah saya ditegur rakan kerana tingkah yang satu ini, dan saya tahu ramai yang tidak suka apabila saya berada dalam situasi sebegini. Sudah lama saya tidak begini. Kebiasaannya, apabila marah saya pantas sedar dan akan cepat mengawal diri. Namun, entah mengapa saya tewas hari ini. Akhirnya, saya mengambil keputusan mahu pulang ke rumah tanpa ditemani biarpun rafik akrab saya dan adik-adik yang mengikuti saya masih belum mahu pulang. Saya tahu, jika saya berterusan dengan sikap berdiam diri tidak mahu bercakap tentu akan ada hati-hati yang terasa. Tentu nya mereka yang bersama saya ketika ini akan menganggap saya bermasalah dengan mereka. Adalah tidak adil perbuatan saya. Saya marahkan orang lain, tetapi orang lain yang menjadi mangsa tempias amarah saya.
Saya praktik teori yang dipelajari. Usai berwudhuk dan solat sunat, saya langsung melelapkan mata. Dalam hati, berdoa agar amarah yang masih berbaki sirna dan tidak mengganggu lagi. Sekali saya menilai diri, apakah marah saya di tempat selayaknya? Bukankah ada di dalam islam, bahawa apabila maruah dipermain atau dihinakan kita wajar marah? Jadi, bersalahkah saya? Saya menilai diri atas mizan kebenaran. Bahagian dikit, memang saya tidak salah. Tetapi, banyak bahagian saya salah kerana membiarkan amarah berpanjangan. Akhirnya saya akur dalam sujud mengharap ampun Khalik.
PENGORBANAN YANG SERING DILUPAKAN
Seorang yang berkorban dengan tulus tidak akan sekali meminta jasa atau budinya dibalas. Namun persoalannya; berapa ramai manusia yang sedar dan menghargai pengorbanan yang dilakukan insan sebegini? Seorang ketua atau sesiapa sahaja yang mempunyai wilayah ke atas orang lain adakah mereka berkuasa mutlak untuk memperlakukan insan di bawah mereka sesuka hati tanpa mengambil kira hati, perasaan, waktu senang, dan lapang orang bawahan? Atau apakah mereka memikirkan betapa banyak urusan yang harus diselesaikan orang bawahan tersebut? Seorang ibu yang membesarkan anaknya selama hampir berpuluh-puluh tahun apakah pernah bertutur; "Ibu mahu kamu balasi segala jerih-perih ibu sepanjang membesarkan dirimu". Seorang sahabat yang menegur akan kesilapan sahabatnya yang tidak elok di matanya kerana inginkan sahabatnya tersebut terus berada di landasan yang benar apakah wajar dikatakan; 'dia itu seorang yang cemburu akan diri saya'. Atau mungkin adilkah sahabat tersebut dipersenda dan ditertawakan?
Seringkali kita terlepas pandang akan budi dan jasa insan-insan sebegini biarpun budi mereka kecil. Malah, dalam persatuan sekalipun setiap ahli berperanan dan mempunyai hak untuk bersuara. Jadi mengapa degilkan diri mengikut kata hati tanpa mempeduli hati dan perasaan orang lain? Jika benar pun kamu lebih hebat daripadanya baik dari segi jawatan, ilmu, pengalaman atau mungkin kemahiran apakah ia sudah cukup untuk membuatkan kamu mengaibkan dia sedemikian? Sudah makrufkah darjat kamu di sisi Tuhan?
Barangkali saya emosi. Benar. Saya mahu menyedarkan kamu. Sudah berapa kali kamu melukakan hatinya? Sudah berapa kali dia terpaksa bersabar melayan karenah kamu yang entah apa-apa. Sikap kamu yang tidak pernah mahu berubah sebenarnya telah lama membuatkan dia hilang sabar. Bukan sekali dua kamu bikin angkara. Jika dihitung sudah tidak terhitung. Sudah berkali juga kamu dimaafkan dia biarpun kamu pernah merobek maruahnya sehingga dia terpaksa berhadapan dengan golongan tertentu. Isu yang kamu timbulkan sehingga hari ini masih diperkatakan. Kamu lupa? Atau kamu memang sengaja mahu memancing amarah dan bencinya terhadap kaum sejenis mu? Lantas, ketika itu baru engkau mahu sedar dan berubah? Mungkin dia lebih suka mendiamkan diri apabila orang terus menunding jari dan mengata dirinya. Namun, itu bukan bermakna kamu berhak sewenangnya memperlakukan dia sesuka rasa mu. Kamu patut sedar, dia suka beralah daripada berbalah kerana dia mahu terus menabur budi pada sebuah kesatuan yang memerlukan juga kepada kamu yang perlukan pertolongan. Lantaran kerana itu dia sentiasa cuba memaafkan biarpun dia sering disakiti dan terluka dengan tingkah kamu.
Kamu jangan lupa, kamu pernah membuatkan dia dilanda fitnah yang panjang. Sepatutnya, kamu malu dan mengakui kesalahan yang berpunca daripada dirimu sendiri. Juga menjadi tanggungjawab kamu membersihkan kembali nama baiknya yang telah kamu cemarkan. Tetapi nampaknya kamu seolah-olah pekak dan bisu dengan apa yang berlaku. Kamu mulakan, tetapi kamu biarkan dia yang mengakhirkan. Apakah itu kebenaran yang sering kamu julang-julangkan?
Kamu sendakan dirinya apabila dia cuba melontar pandangan bagi sebuah kesatuan. Malah kamu dengar tegar mengejeknya di hadapan banyak mata yang memandang. Dia perasan, kamu jadi begitu sejak lamaran kamu tidak dihiraukan. Kamu seolah mahu membalas dendam. Sayang, kamu terlalu mengikut perasaan berbanding pengetahuan. Dia sudah berputus, jika kamu berterusan dengan sikap mu yang sebegini, dia tidak akan betah lagi berdiam. Kamu akan diadili supaya kamu menyedari dan tahu menghormati diri orang lain.
19 JAMADIL AKHIR 1428 H
Saya punya mau'id bersama Syeikh Nabil hari ini di masjid Syeikh Soleh al-Ja'fari. Sebelum Zohor saya dan rafik akrab sudah menapak di masjid. "Mahu mengelakkan sebarang kesulitan," Kata rafik akrab. Saya sudah tamat al-Quran 30 juzuk dalam qiraat Hafs dengan Syeikh secara bertajwid. Juga sudah suku bertalaqi qiraat Warasy. Namun, entah mengapa kotak fikir gancang menyuruh berhenti dan menukar rencana ke bahagian sedikit lain daripadanya. Saya pernah menyimpan angan, biarlah suatu hari nanti saya sekeluarga dipertemukan dengan hafiz mahupun hafizah atau mungkin insan yang memiliki pengetahuan agama yang dalam dan mengkagumkan agar saya dan keluarga dibimbingi atas jalan kebenaran yang paksinya redha Tuhan.
Saat ini, saya sudah berpaling. Mengapa harus saya menunggu atau menanti sedang saya sebenarnya dilingkungi dan berpeluang untuk jadi sebegitu. Mengapa tidak saya yang menjadi hafizah dan berusaha mengumpul pengetahuan? Akhirnya, saya mengubah haluan. Daripada qiraat Warasy bertukar kepada menghafaz sebuah al-Quran.
Saya tahu, ia bukan mudah namun tidak mustahil untuk dilakukan. Atas nasihat Syeikh dan seorang sahabat saya mulakan tasmi' perlahan-lahan. Kata syeikh, tempoh saya yang insyaallah berbaki lebih kurang dua tahun lagi amat baik untuk menyelesaikan hafalan. Kata adik hafizah yang sebilik dengan saya di rumah negeri juga, dia menghafal al-Quran dalam tempoh dua tahun. Saya pohon dan tagih kasih Tuhan agar diri yang terlalu banyak kekurangan ini dianugerahi kekuatan luar dan dalam.
I'JAZUL QURAN
Hafalan saya setakat ini masih bersekitar di surah an-Nisa'. Tika bibir tiba di ayat 56, saya diperlihatkan akan satu lagi petanda keagungan al-Quran secara tidak sengaja. Seorang sahabat menceritakan akan kebenaran kalam Khalik ini. Saya fikir, elok saya kongsikan bersama kalian.
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (an-Nisa' : 56)
Surah an-Nisa' telah diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun yang lalu menceritakan perihal kulit umat manusia yang mendapat siksaan Allah swt di dalam neraka. Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Allah swt membuat perumpamaan tentang siksaan tersebut yang akan dialami oleh kulit? Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang dicipta-Nya.
Kini setelah lebih 1400 tahun berlalu, pelbagai kajian saintifik dilakukan serta pelbagai penemuan diperolehi daripada ilmu kajian tubuh badan manusia. Salah satu ilmu tersebut adalah ilmu 'dermatology' – iaitu ilmu mengenai deria mengesan atau merasa yang dimiliki kulit.
Doktor Profesor Tejatat Tejasen; Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-Manusia (anatomi) di universiti Chiang Mai, Thailand yang sebelumnya bertugas sebagai dekan fakulti perubatan, telah memeluk Islam kerana akur serta insaf bahawa agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah sebenar-benar agama yang diturunkan oleh Allah swt.
Peristiwa pengislaman beliau berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh berlangsung. Beliau telah dibentangkan tentang beberapa ayat al-Quran dan Hadith yang mempunyai kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh manusia dan penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio.
Beliau juga diberikan artikel ceramah yang ditulis Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat al-Quran dan Hadith.
Selepas mengkaji artikel tersebut, Profesor Tejasen merasa begitu takjub. Beliau ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (dermatology) – mengenai deria mengesan atau merasa yang dimiliki oleh kulit. Beliau menjawab: "Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah."
Beliau dimaklumkan bahawa di dalam kitab suci al-Quran terdapat ayat yang membicarakan tentang hukuman ke atas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka. Ayat itu turut menyatakan bahawa kulit mereka akan musnah sama sekali. Setelah itu, Allah swt akan menggantikan pula dengan kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka. Ini menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. (Rujuk ayat 56 surah an-Nisa')
Beliau turut ditanya, "Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini (merujuk surah an-Nisa' ayat 56) membuktikan kepada kewujudan penghujung saraf di dalam kulit?" Profesor Tejasen menjawab.: "Benar, saya setuju."
Selanjutnya beliau ditanya : "Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada Nabi Muhammad saw bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen tidak bersetuju akan penyataan yang menyatakan ayat ini datang daripada seorang manusia.
Lantas dengan rasa takjub beliau pula bertanya sumber ayat tersebutdan daripada mana Nabi Muhammad saw menerimanya? Kami menjawab: "Daripada Allah yang Maha Agung lagi Maha Kuasa." Beliau lantas bertanya lagi: "Siapa Allah itu?"
Kami menegaskan : "Dia adalah Pencipta kesemua makhluk. Jika tuan menemui satu cirri kebijaksanaannya, itu adalah kerana ia datang daripada-Nya Yang Maha Bijaksana. Jika tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakerawala ini, ia kerana cakerawala ini dicipta oleh-Nya yang memiliki segala ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaan-Nya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptan-Nya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat ala mini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa ala mini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa."
Professor setuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan ceramah tentang penemuan barunya itu. Juga dimaklumkan lima daripada pelajar-pelajar beliau telah memeluk agama Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau.
Professor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu Muslim dan none Muslim berbincang mengenai fanomena sains di dalam al-Quran dan Hadith. Di akhir perbincangan, Profesor Tejase bangun dan berkata : "Sejak tiga tahun lalu saya telah berminat dengan al-Quran yang diberikan Syeikh Abdul Majeed az-Zindani. Tahun lepas, saya telah memperolehi artikel yang ditulis oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh syeikh ini. Beliau meminta agar saya menterjemahkannya kepada bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Anda sekalian boleh lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Syeikh. Daripada hasil kajian dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa semua yang tercatat di dalam al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Nabi Muhammad saw tidak tahu membaca mahupun menulis, maka Nabi Muhammad saw sudah tentu seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepada nya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Dan Pencipta itu mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah masanya untuk saya melafazkan ' La ilaaha illallah', bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, 'Muhammad Rasulullah',Muhammad adalah seorang Rasul Allah.
Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi saya juga dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baharu dan menemui ramai kawan baharu. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah kesempatan menjadi seorang Muslim."
Kulit ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Lalu, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhannya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah Allah swt akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baharu kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya sudah habis hangus sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (an-Nisa' : 56)
21 JAMADIL AKHIR 1428 H
RIPUH YANG MENGHAMBAT
Hari ini saya betul-betul penat. Berada di banyak tempat dalam satu masa memang meletihkan. Dinda Zainab 'buli' saya kerjakan computer untuk pamphlet KELAP 07. Tiga buah kotak kargo yang diterima untuk pack barang-barang juga masih belum dapat diselesaikan. Pengajian harian di masjid-masjid di Hussin juga terpaksa saya tinggalkan untuk beberapa jangka waktu. Apa yang pasti, saya akan kembali menyambungnya sebaik program KELAP 07 selesai. Saya tidak pernah seripuh ini. Kini, setiap saat yang berlalu amat bernilai buat saya. Benarlah kalam Khalik, "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran." (al-A'shr)
Saya khuatir akan KELAP yang bakal berlangsung. Jujurnya, saya tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Saya bukan penulis yang boleh dibanggakan apalagi boleh dijadikan tauladan. Saya masih baru. Dan sebetulnya masih tidak layak atau mudahnya saya tidak sepatutnya diangkat sebagai moderator. Saya tidak punya pengalaman berbengkel, tidak juga pernah terlibat secara aktif dengan mana-mana penulisan secara serius.
Mungkin ada yang mengatakan saya sudah berjaya menembusi media…namun jawapan saya, itu hanya kebetulan. Segalanya terjadi dengan izin Tuhan. Itu adalah rezeki, dan sekali lagi saya tegaskan ia berlaku tanpa disengajakan dalam masa yang sama ia adalah satu kebetulan. Tidak semestinya berjaya menembusi media saya boleh dijadikan ikutan atau seorang yang boleh dibanggakan apalagi layak diangkat sebagai tenaga pembimbing.
Boleh jadi juga ada yang mengatakan saya berbakat. Namun jawapan saya, tidak. Saya tidak langsung mempunyai bakat. Kalau benar saya mempunyai bakat, tentu sudah lama bakat itu berkembang dan boleh dimanfaatkan untuk ramai orang. Takah pencapaian saya dalam arena ini masih seawal mula-mula saya memegang pena tiga tahun dahulu.
Barangkali juga ada yang mengatakan saya punya pengalaman bergaul dengan ramai penulis di serata tempat. Namun jawapan saya, tetap juga tidak. Saya tidak seperti sahabat penulis (yang lahir dari bumi Musa ini) yang lain. Saya jarang melibatkan diri untuk satu-satu agenda mereka. Hanya juga barangkali tahun ini saya sedikit dilihat sedikit berani menonjolkan diri. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu mengapa dan bagaimana ianya boleh berlaku.
Saya juga kurang mempunyai kesungguhan jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya hanya akan memiliki kesungguhan menulis apabila saya kepingin menulis. Saya dengan rendah diri di sini mengakui, bahawa saya tidak miliki apa-apa. Saya menulis kerana saya suka menulis. Dan, saya hanya ada sedikit minat dalam bidang ini. Itu sahaja. Oleh kerana itu, saya wajar merasa khuatir dan bimbang akan KELAP 07 yang bakal berlangsung.
Saya tidak mahu kerana saya duduk di hadapan, saya dikatakan saya yang terbaik. Saya juga tidak mahu kerana saya diberi peluang bersuara di hadapan khalayak, saya dikatakan hebat serta tahu semua perkara tentang karya kreatif.
Saya tidak pernah melakar kertas kerja sendiri apalagi bijak dalam menyusun setiap ayat dalam penulisan atau perbentangan kertas kerja. Saya akui kelemahan dan kekurangan saya dalam banyak perkara. Saya tidak marah mahupun akan terasa jika saya dipersalah dalam banyak perkara berkaitan mandala sastera ini.
Saya sekali lagi dengan rasa rendah diri dan kerdil memohon kemaafan andai saya tidak mampu memberikan yang terbaik buat mereka yang berharap. Juga saya pohonkan agar hati saya tidak dipalingkan serta saya tidak mahu menjadi kebanggaan atau sanjungan ramai. Biar saya menjadi orang biasa kerana itu adalah kehidupan sebenar saya. SN 1803
BUKAN saya tidak tahu, saya pasti dileteri kalau Asu tahu di mana saya sekarang. Betul-betul saya minta maaf kalau Asu marah atau mahu bersyarah panjang. Segalanya berlaku tanpa dirancang. Saya tidak mampu menyongsang takdir Tuhan. Ia berlaku sekelip mata, terlalu cepat untuk saya khabarkan. Lain yang dirancang ,lain pula yang terjadi. Benarlah kita merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah swt itulah yang terbaik. Untuk itu, sepuluh jari dipohonkan terutama kepada Asu (my beloved best friend), sahabat-sahabat (satu batch) juga kepada kakak saya (ayang Hamidia) yang berkampung di Mansurah. Bukan saya tidak mahu menyertai kalian, saya punya banyak agenda yang masih belum langsai. "Asu, an betul-betul minta maaf. Nanti ko balik an citer. Jangan marah ya! Tak baik marah-marah, nanti an balik ko rindu :-)."
Saya kini berteleku atas pantai Mediterenean merenung hikmah ciptaan Tuhan. Sobah tadi, sebaik usai solat Subuh kami langsung ke pantai. Kata teman, mahu mandi laut. Saya hanya menurut. Lama rasanya tidak bermain air laut. Ini kali ketiga saya ke Iskandariah sepanjang empat tahun permukiman di perlembahan Nil. Kali pertama awal Januari tahun lepas, sebaik berita ayahbonda terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan tempurung tengkorak bonda retak. Kali kedua, ketika menyertai jaulah HEWI BAKANS sesi 2006. Dan kali ketiga, kelmarin setelah memutuskan mahu menemani seorang kakak Alex yang turun ke Kaherah, dan mahu pulang seorang diri ke Iskandariah.
Sebetulnya, saya punya agenda lain kelmarin. Rencana asal mahu ke pekan Khan Khalili menemani dua tiga orang adik senegeri yang mahu pulang ke Malaysia membeli-belah. Pun rencana tersebut terpaksa dibatalkan lantaran saya masih punya perjumpaan moderator kali kedua untuk program KELAP sesi ini. Sebaik adik-adik setuju meminda tarikh ke Khan Khalili, teman pula kata tidak dapat menyertai perjumpaan. Setelah tarikh perjumpaan ditunda, saya langsung mengambil kata putus mahu ke Iskandariah menemani kakak yang mahu pulang tidak berteman. Iskandariah – Kaherah bukan dekat, macam-macam boleh terjadi. Tambahan pula, seorang perempuan terlalu berbahaya. Ketika angah masih di bumi Musa ini, kerap sangat angah berpesan agar saya tidak tunjuk berani berjalan seorang meskipun hanya mahu ke kuliah.
Ke Iskandariah, kemudian pulang semula ke Kaherah. Hanya itu niat saya. Namun, sekali lagi rencana terganggu apabila tiket keretapi sudah kehabisan. Dari pukul sepuluh kami terpaksa menanti hampir empat jam untuk menaiki keretapi yang akan bertolak sekitar jam dua petang. Pada mulanya, kami putuskan mahu menunggu sahaja di mahathoh Ramsis sehingga jam dua tiba. Selepas satu jam menunggu, saya mula gelisah macam kera kena belacan. Tiba-tiba mahu pulang ke Hayyu Sabi'e. Ada sesuatu yang tertinggal dan perlu dibawa. Kami langsung pulang ke Sabi'e. Setelah jam menunjukkan jam satu petang, baru kami kembali ke mahathohRamsis.
Di Iskandariah, saya menumpang tidur di rumah Adik Manja. Lama tidak ke sana terasa kekok juga. Maklumlah ahli bait Adik Manja sudah bertukar yang baru. Namun, itu bukan musykilah. Islam kan suruh berukhwah bukan dengan orang tertentu sahaja. Malah dengan sesiapa sahaja. Tiket pulang ke Kaherah selepas Zohor keesokan hari. Saya pulang bersama Dinda Zainab, seorang lagi adik yang agak akrab dengan saya. Kami akan mengikuti perjumpaan moderator kali kedua bersama lusa. Dalam hati berdoa, Khalik bantu kami dalam semua perkara.
Saya berada di pantai lebih kurang empat jam. Adakalanya turun bermain air laut dan buih-buih ombak bersama Adik Manja dan teman-teman baru. Dan selebihnya saya habiskan dengan merenung ciptaan Tuhan. Laut yang terhampar luas di depan mata, air yang kebiru-biruan, langit yang cerah dan samudera. Ah! Betapa kerdil seorang hamba. Terlalu lemah dan tidak berdaya. Hati terasa sayu. Tuhan tidak pernah lupakan hamba-Nya walau sedetik. Namun saya, seringkali alpa pada-Nya. Lekadengan nikmat yang sementara. Tuhan, andai saya tidak sandarkan harapan pada –Mu, pada siapa harus saya meminta? Pada siapa yang bisa saya percaya? Atas nikmat dan rahmat kasih-Mu saya tidak mahu futur dalam menempuhi hidup yang telah dijanjikan.
Keyakinan dan kedamaian ternyata menemani saya apabila sering menyandar harap pada Khalik. Nikmat yang datang terlalu banyak untuk dihitung sehingga saya merasa saya tidak punya apa-apa melainkan segala yang saya ada adalah milik Pencipta. Saya dhaif amat. Kalbu saya menangis mengenang nikmat yang dianugerahkan. Benarlah, dalam kesempitan akan hadir kelapangan, selepas kesusahan akan menyusul kesenangan dan hikmah. Tuhan permudahkan urusan saya dalam banyak perkara. Dari sekecil-kecil musykilah; kerumitan masalah keluarga, tiket perjalanan pulang ke Malaysia, dan banyak urusan lain lagi. Betapa tidak kalbu menangis? Kurniaan nikmat yang terlalu banyak ada ketikanya membuatkan saya menjadi takut.
Terasa belum layak menerima semua nikmat tersebut. Amal tidak seberapa, namun kasih Dia melimpahi saya berganda. Terkadang dalam doa, qiam dan sujud saya menangis sungguh-sungguh. Saya takut semua yang saya terima merupakan ujian yang boleh membuatkan saya lalai dan leka. Saya juga amat gusar kalau-kalau doa dan permintaan saya tidak dimakbulkan selepas ini atas pemberian nikmat yang banyak hari ini. Saya tetap mahu Khalik perkenankan doa saya di kemudian hari. Saya mahu punya bekal di akhirat kelak. Saya berdoa lama agar hati dan jiwa saya tidak diuji dengan nikmat yang datang hingga membuatkan saya lupa atau terleka dengan Pencipta. Benar-benar saya pohonkan hati ini tidak dipalingkan setelah saya benar-benar rasa saya dijaga dan dipelihara setiap masa.
KEAJAIBAN AIR MASIN (LAUT) VS AIR TAWAR
Saat saya bermain air laut, percikan ombak menyapa bibir. 'Masin', kata jiwa. Khalik punya rahsia mencipta sesuatu tidak pernah ada yang sia-sia. Allah swt telah menciptakan lautan yang luasnya mengkagumkan. Manfaatnya tentu sahaja besar. Lautan diciptakan-Nya mengelilingi seluruh bumi. Padahal lautan itu merupakan bumi yang digenangi air yang amat banyak meliputi seluruh bumi hingga seluruh daratan dan pergunungan yang nampak jika dibandingkan dengan lautan yang luas di permukaan laut yang luas. Kajian sains juga membuktikan bahawa bumi terdiri daripada 71.11% adalah air.
Allah swt berfirman: "Dan Dialah yang menyediakan lautan supaya kamu makan daripadanya daging yang empuk, dan supaya kamu keluarkan daripadanya perhiasan yang akan kamu pakai, dan engkau lihat kapal mengharungi padanya. Dan supaya kamu mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur." (An-Nahl : 4)
Mr. JacquesYves Costeau; seorang Oceanografer (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka Perancis telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah beliau turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan manusia di seluruh dunia ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur antara satu sama lain dengan air laut yang masin di sekelilingnya.
KEAJAIBAN
Fenomena ini seolah-olah menyatakan ada dinding atau membran yang membatasi kedua-duanya. Keganjilan ini membuatkan beliau kagum dan ia juga mendorong beliau untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah laut berkenaan. Pada mulanya beliau berfikir,adakah penemuan tersebut hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam? Setelah kejadian itu, beliau semakin gigih berusaha mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil berkenaan.
Suatu hari beliau bertemu seorang professor muslim, lantas beliau menceritakan fenomena ganjil tersebut. Professor muslim tersebut teringat akan firman Allah swt dalam surah Ar-Rahman ayat 19 & 20 yang bermaksud: "Dibiarkan-Nya mengalir dua lautan, lalu keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui."
Professor tersebut menjelaskan bahawa fenomena tersebut sudahpun dijelaskan dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah swt : "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al-Furqan : 53)
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir tentang ayat penemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai. Apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin (air laut). Namun, tafsir tersebut tidak menjelaskan ayat berikutnya daripada surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud : "Keluar daripada keduanya mutiara dan marjan." Sedangkan di muara sungai tidak di temui mutiara. Di sini satu lagi bukti geologi lautan yang sebenarnya telah tercatat dalam Al-Quran.
MEMELUK ISLAM
Mr. Jacques Yves Costau terpesona mendengar ayat-ayat Allah melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Beliau berpendapat bahawa mustahil Al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad saw di abad ke tujuh iaitu di suatu zaman di mana belum ada peralatan menyelam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalam samudera. Benar-benar suatu mukjizat. Berita fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke 20. Mr. Costeau akhirnya mengakui bahawa Al-Quran memang sebenar-benar kitab suci yang berisi firman Allah yang keseluruhan isi kandungnya mutlak benar. Dengan seketika itu juga beliau memeluk Islam. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi lautan. Maha benar Allah yang Maha Agung!
KETELAPAN AIR
Fenomena di atas adalah merupakan satu daripada sifat-sifat laut yang baru ditemui. Sifat lautan,sekalipun bersama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut (satu penemuan dalam bidang oceanografi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension). Kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutan daripada bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkan.
Apa yang menariknya ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik 'ketegangan permukaan' atau oceanographi fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Quran diwahyukan.
HIKMAH AIR LAUT YANG MASIN
Pada waktu siang dan malam, berjuta-juta tan buangan dan kotoran dibuang dan dilemparkan ke dalam laut. Jika sekiranya air laut itu tidak masin, sudah tentu kotoran tersebut akan mengeluarkan bau yang amat busuk sehinggga dalam beberapa waktu sahaja air laut akan menjadi tersangat busuk. Bagaimanakah keadaan ketika itu? Kita tentu sahaja tidak mampu menggambarkan apa yang bakal terjadi. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Sekurang-kurangnya ia pasti akan merosakkan kesihatan penghuni bumi ini. Terciptanya air yang masin ini mrnjadi bukti betapa Allah swt melindungi segala kehidupan di permukaan bumi.
Manakala air tawar yang terdiri daripada air sungai, danau, tasik dan sebagainya yang sekalipun berdekatan dengan lautan namun ia tetap tidak bercampur dengan air masin. Firman Allah swt : "Maka terangkanlah kepada-Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkan? Kalau kami kehendaki, nescaya Kami jadikannya masin, maka mengapa kamu masih tidak bersyukur?" (Al-Waqiah : 68-70)
AIR MINUMAN
Antara adab yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada umat ketika minum adalah seperti berikut:
Jangan minum air minuman sekaligus seperti unta minum. Tetapi minum seteguk lepas seteguk (HR At-Tirmidzi).
Jangan bernafas di dalam bekas air. Bahkan jauhkan bekas air daripada mulut dan bernafas (HR At-Tirmdzi).
Jangan hembus di dalam air. Lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalam nya keluarkan ia (HR At-Tirmdzi).
Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah saw ketika minum berdasarkan hadith di atas ialah saranan supaya tidak bernafas ketika kita sedang minum. Daripada hasil kajian sains, apabila kita bernafasdan menghembuskan nafas dari hidung ketika minum, kita akan mengeluarkanCO2 (carbon dioxide) yang mana apabila bercampur dengan air(H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran agar tidak meniup minuman yang akan menatijahkan hasil yang sama seperti sebab di atas.
Sesungguhnya Rasulullah saw adalah ikutan terbaik. Usah kita pertikaikansebarang sunnah anjuran baginda dengan apa cara sekalipun. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah swt meliputi segala makhluk-Nya.
KEMBALI KE KAHERAH
Usai ke pantai kami langsung pulang. Di minda tersemat rencana mahu ke rumah seorang sahabat (saudara ahli bait di Kaherah) yang baru seminggu menjalani pembedahan di telinga di salah sebuah hospital di sini. Sayangnya, saya terlena kepenatan hingga Zohor menjengah. Usai Zohor bergegas ke mahathoh Sidi Gabir penuhi mau'id bersama dinda Zainab mendapatkan train ke Kaherah. Serasa menyesal kerana membiarkan diri lena begitu sahaja. Namun, saya pantas sedar bahawa segala yang berlaku atas kehendak Khalik. Terima kasih buat Adik Manja saya dan ahli bait yang sudi menerima saya sebagai tetamu. Insyaallah, punya umur, rezeki dan peluang mungkin saya akan tiba lagi ke Kota Iskandariah. Sebelum melangkah ke atas train Adik Manja saya sempat berbisik ke telinga saya; "Habislah kulit putih alang dah bertukar gelap dan hangus."